Tahukah anda, terdapat 6 waktu yang kita tak digalakkan untuk minum air. Jika boleh, anda cubalah elakkan. Tapi, kenapa plak agaknya anda tak digalakkan minum pada waktu-waktu tersebut? Tak lain dan tak bukan adalah bagi memelihara tubuh badan anda agar sentiasa berada pada tahap terbaik.
6 waktu yang saya maksudkan tu adalah:
1. Sebaik saja bangun tidur.
Tapi anda memang digalakkan minum dulu air kosong sebelum bersarapan.
2. Selepas keluar dari bilik mandi atau tandas.
3. Selepas memakan buah-buahan.
4. Selepas bersenam, beriadah ataupun melakukan kerja-kerja berat. Kalau nak minum gak, tunggulah selepas beberapa ketika.
Ataupun rehat sekejap, lepas tu barulah minum (saya paham sangat keadaan anda masa nie).
5. Sewaktu tengah makan.Senang kata, cuba elakkan makan berulam air. Mengikut kata orang, tabiat inilah yang mengakibatkan perut buncit
6. Sebelum atau sesudah makan.
Tapi anda boleh minum baik dalam jangka waktu 30 minit sebelum makan ataupun 30 minit selepas makan.
Nabi pernah bersabda,"Minuman yg palin baik dalam dunia dan akhirat ialah air".Air itu lembap dan agak sejuk.Air menghilangkan dahaga dan memelihara kelembapan semula jadi pada badan.Air dapat membantu penghadaman makanan dan menyerap zat2 makanan dalam badan. Nabi juga pernah bersabda "Apabila anda dahaga,minum air dengan perlahan-lahan,sedikit demi sedikit, janaganlah diteguk tergesa-gesa kerana dengan demikian menimbulkan sakit dalam hati(liver). dan jangan minum sambil berdiri
post ini hasil edit dan bacaan sendiri dalam buku yg bertajuk"Kitab ilmu perubatan kesufiaan(kitab Al-Tibb Al- Rauhi) karya Sheikh hakim moinuddin Chisti
p/s-cerpen "Sign" terpaksa remake kerana ada orang yg "bijak" telah terdelete folder tu...
G.

No comments:
Post a Comment