Monday, 24 December 2012

2012 yg bermakna

tahun 2012..
adalah ytahun yg boleh dikatakan yg paling bermakna dalm hidup aku buat masa skarang ni..
banyak benda yg jadi dlm tahun ni.. ada diantaranya boleh ubah masa depan aku... ada yg jumpa org2 baru.. dan meskipon ada juga yg dah taxda ... tapi apa kan daya semua tu takdir ...

PILIHAN
meskipon pada awal tahun ni aku rasa macam nak masuk balik form 6.. tapi kalau boleh di bagi mesin masa doremon tu kat aku ut pergi masa silam..memang aku taxkan ubah apa2 pon...
meskipon pada mulanya kena paksa tapi lama2 jadi suka pulak kan...time tu la aku rasa banyak benda yg aku belajaq.. mestipon most dari tu tax formal langsung..

MEET SOME AND LOSS SOME
tahun ni aku tax sangka la ramai yg aku kenai dah taxda kat dunia ni.. meskipon kenal tax sampai setahun...
aku ingat lagi kawan aku yg mula2 taxda tapi tu masa aku form 3... masa tu mungkin aku tax berapa rasa lagi  mungkin sebab kurang matang dan tax pikiq sangat masa depan yg mendatang...
dan tahun ni juga la.. dan aku juga dapat pengajarann yg utama jangan terlalu percaya kepada seseorang..
meskipon kita rasa dia la segala2nya.. tapi kita kena ingat .. manusia boleh berubah..

aku rasa macam nak list benda yg aku dah buat tahun ni ngn benda yg aku nak buat tapitax tercapai..
dah mungkin buat azam tahun baru kot..(tapi rasa2 nak sambung azam tahun lepas ja)...
apa2 pon.. keep think positive and keep your head up  :)

G.

Sunday, 23 December 2012

mengenang yg tiada

hari agak lain dari biasa...langit tidak cerah, macam nak hujan tapi tax hujan2...

jadi taxda akitiviti yg menarik boleh buat... selain dari buat assignment ngn resume...
 time buat benda tu mungkin sebab "terlalu penat" jadi tertido sekejap..time tu lepas zohoq..masa tertido tu termimpi satu perbualan yg betoi2 terjadi dengan seseorang yg dah taxda dalam dunia ni...
kalau tax silap kami memang pernah sembang pasai benda tu time buat "auto cadd "  walaupon time cakap benda tu kami gelak tapi bila ingat dia dah taxda ...jadi tersentap pon ada  sebab time tu dia pernah kata..
"aku dok tax nampak masa depan aku nak keja kat mana2 pon...nak sambung belajaq aku bukan pandai sangat.. pointer pon tax sampai 3.0 ... yg aku dok teringat org tua aku, moto ,ngn mati ja... aku minta kalau la aku mati biaq aku mati tax seksa ja,," time tu kami semua pakat dok gelak ja.. tax ingat benda tu akan betoi2 akan jadi..time tu pon semua pakat tax larat belaka besa  la dekat pukoi 3 pagi tax lena buat keja...
lepas aku mimpi tu aku pon mula2 tax berapa pasti benda tu ada jadi betoi2 dak sampai la aku call salah sorang yg ada sekali time tu.. dia pon kata memang arwah ada kata macam tu...

erm....
ajal maut tax kira sapa.. ia tax lambat dan tax kan cepat..
 utk org yg dah pergi kita beloh la sedekah kan al-fatihan kat dia moga2 dia selamat kat sana

jadi adakah kita dah bersedia utk ke sana???
 cukup ka amalan kita.... boleh ka kita menjawab soalan yg akan di tanya meskipon kita dah tau jawapannya??
 meskipon kita taxtau benda yg akan berlaku nanti tapi kita boleh la bersedia dari sekarang...
sesungguhnya diri aku pon bukan bersedia sangat.. banyak lagi benda yg nak kena buat dan aku pon bukan la org yg baik2...
sama2 la kita mengingati antara satu sama lain.. tax rugi apa pon kalau kita buat macam tu..

G.

Thursday, 20 December 2012

usaha KERAS

   usaha sehingga berjaya mencapai impian...

impian adalah angan-angan kosong jika tidak disertakan dengan usaha..

namun usaha keras yang membezakan sama ada mereka boleh berjaya atau sebaliknya....

tanamlah prinsip Jika kita berusaha keras kita pasti akan berjaya.


kerana prinsip ini dapat meningkatkan semangat dan azam untuk ke kemuncak kejayaan..

       orang yang berusaha keras untuk mencapai kejayaan adalah orang yang akan bahagia dan berjaya..
Bahagia kerana berpuas hati dengan kejayaanya


G.

Jadi insan biasa yang mempunyai USAHA yang luar biasa

Sebahagian daripada kita hidup dalam alam mimpi,

   sebahagian hidup dalam alam nyata,
                     
                sebahagian lagi sedang mencari untuk mengubah impian menjadi kenyataan.

kekuatan kita bergantung kepada perbezaan bukan persamaan...

semua orang boleh menjual nasi lemak,air soya,nasi kerabu dan sebagainya...tetapi yang paling berjaya adalah yang menjanjikan nasi lemak yang sedap, luar biasa daripada apa yang pernah kita makan sebelum ini.

JADILAH INSAN BIASA-BIASA YANG MEMPUNYAI PEMIKIRAN DAN TINDAKAN LUAR BIASA UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN HIDUP


G.

Wednesday, 5 December 2012

The Demon part II

Dan lelaki yg berpakaian seperti doktor tu pon berkata
"cepat nurse bawakan saya ubat penendang dan jarum suntikan"
lalu datang dua org perempuan berpakaiian serba putih sambil membawa 1 dulang ubat
sebaik sahaja mereka menghampiri aku dia pon berkata lagi
    " sediakan saya 25cc Anesthesia dan kamu(kepada org yg berkot hitam) cepat pegang dia "

disaat itu aku hanya mampu menjerit kesakitan taxkala menahan kesakitan yg teramat sangat...

apabila selesai doktor itu menyuntik aku..seluruh tubuh aku berasa semakin lemah dan sakit mula2 berasur-ansur hilang sama seperti pandangan aku yang semakin kabur dan terus gelap....

sesedarnya aku ...dari situasi tadi yang rasa seperti suatu igauan ..
dan kali ini keadaan sekeling ada adalah sama cuma lelaki yang berkot hitam itu telah dia dan muncul seorang   nurse yang sedaang memeriksa monitor disebelah katil aku itu...

sebaik sahaja dia melihat aku tersedar dia pon berkata ..
"En , jangan banyak bergerak .. banyak2 berehat dahulu, dan biar saya panggilkan doktor untuk en"
dengan terpinga-pinga.. aku cuma mampu menghangukkan kepala sahaja..meskipon aku kurang pasti apa yang sedang berlaku..

tax berapa lama kemudiaan datang kembali lelaki yang berpakaiaan seperti doktor tadi
"En Hyde, awak memang bertuah kerana boleh terselamat dari kecerderaan yang begitu serius"kata doktor itu dengan senyuman
"tapi kena saya tidak ingat apa langsung tentang kejadiaan ini... dan betul ke nama saya Hyde??" kata aku

memang betoi nama encik adalah Hyde .. mungkin disebabkan truma kecederaan yang encik alami menyebabkan encik mengalami temporary Retrograde amnesia. tapi encik jangan risau kerana ia hanyalah sementara sahaja..tapi encik saya ada suatu berita sedih untuk encik dan pada ketika itu wajah doktor itu berubah menjadi serius... En Hyde, tunang encik Marie kami tax dapat selamatkan..
harap encik jangan la bersedih
Marie...Marie..Marie
     Marie..Marie..Marie
tersentak dengan nama itu, aku mula ingat satu wanita yang cantik dan wajahnya terukir satu senyuman.. sungguh ayu sekali..
ketika itu pelbagai gambaran yang aku lihat...
seperti kami sungguh mesra skali...
meskipon ketika itu aku menahan kesakitan untuk mengingati perkara itu namun aku tahan sahaja...
dah sampai ketika .....


bersambung
G.

Tuesday, 4 December 2012

The Demon part1



tit..tit..tit..
bunyi itu berirama di telinga aku dan ia berluang tanpa henti...
   perlahan2lahan  aku cuba membuka mata  dan kelihatan suatu tempat yang begitu asing skali
dalam benak fikiran aku perbagai persoalan yang bermain di fikiran aku ..
"di mana aku"...
       "bagaimana aku boleh berada di sini"   "untuk apa aku berada disini"
"dan yang paling penting sekali siapakah aku??"

tiba-tiba aku tersedar bahawa terdapat 2 org yang berpakaian kot hitam dan bercermin mata gelap..
  aku terus kaku memandang mereka...
salah seorang dari mereka bercakap "kau tunggu di sini biar aku yang panggilkan doktor" kata sesama mereka
sebalik sahaja sorang dari org yang berpakaian kot hitam keluar melepasi pintu... seorang lagi lelaki kot hitam itu itu mendekati aku dan berkata "En Hyde awak  selamat bersama kami sekarang..jangan risau kami akan melindungi awak"
tersentak dengan kata-kata lelaki itu satu perkataan bermain di dalam fikiran aku ..
"Hyde"???
siapa dia???
   adakah itu nama aku??
kalau itu nama aku kenapa aku tax ingat apa mengenainya??
 dan kena aku tax dapat ingat apa2 langsung...
semakin lama aku cuba menginatinya semakin sakit kepala aku...
segenap ruang ditempat itu boleh mendengar aku menjerit  kesakitan...
  lelaki kot hitam yg keluar sebentar tadi meluru masuk bersama2 seorang lelaki yg lagaknya seperti seorang doktor  dengan terselit steteskop di lehernya...
dan lelaki itu berkata.......

~p/s-gambar2 yg diatas tu taxda kena mengena dgn cerita ini ia hanya dari anime K dan SOA(sword art online)


G. 

Monday, 3 December 2012

aku heran ngn org sekeling asal aku baik ngn seseorg tu saja mesti ada org kata aku ada apa2..tambah2 yg berlainan jantina... -_-
seruis aku nak kata kat ni..aku dah tax minat nak ber"cinta" ni...sebab pikaq2 balik taxda faedah pon...
meskipon aku still contact gak dia tapi sangat jarang la..dan kami still kawan cuma tax serapat dulu ja...
tapi yg bestnya ..aku rasa taxda apa2 beza pon.. true story
btw aku akan berhenti main music hujung tahun ni disebabkan beberapa perkara yg taxdapat dielakan..
dan mengkin kalau"masalah" tu boleh di handel aku akan sambung balik apa2 tengok result sem 3 ni macam mana.. sori abg J aku kena berhenti dari band abg tapi hope kita still contact  n nanti jangan lupa add kat fb tau.. mentang2 la akuan tweet kita tax ingat jadi tax boleh follow la..hahahhaaha
 N  baru2 ni aku ada tulis sikit satu story..
ni kira macam trailer la sikit..hahhaha
"tit..tit..tit..
bunyi itu berirama di telinga aku dan ia berluang tanpa henti...
   perlahan2lahan  aku cuba membuka mata  dan kelihatan...."
 jadi la tu sikit2..hahahha
nanti bila part 1 dah siap insyallah aku akan post kat sini..hope benda ni tax jadi macam cita windsclale academy...still under rap..kes exam punya pasal habiq hilang idea...hahahha

G.