Showing posts with label true story. Show all posts
Showing posts with label true story. Show all posts

Thursday, 7 March 2013

PENCAPAIAN KEMAJUAN DAN PERKEMBANGANNYA PADA ZAMAN SAIDINA UMAR- AL KHATTAB

PENGENALAN


Umar bin al-Khattab bin Naufal bin Abdul Uzza bin Rabah bin Abdullah bin Qarth bin Rabah Adi bin Kaab dilahirkan  pada  583 Masihi daripada Bani Adi iaitu salah satu bani dalam kabilah Quraisy yang dipandang  mulia, megah dan berkedudukan tinggi.
   Pada  zaman jahiliyah, beliau menjadi seorang saudagar dan duta kaum Quraisy sekiranya  timbul peristiwa  penting antara kabilah Quraisy dengan  suku-suku Arab yang lain. “Umar  adalah  seorang yang berani, mempunyai ketabahan dan kehendak yang kuat , dan tidak  mengenal rasa takut dan ragu. Beliau terkenal sebagai seorang pemidato.
   Setelah memeluk  Islam,  beliau digelar al-Faruq kerana umat Islam mendapat  semangat baru hingga berani  mengamalkan ajaran  Islam  secara terang-terangan. Ini  kerana  berita  pengislamannya   menyebabkan ramai  umat Islam  yang sedang  berada  di  Habsyah  telah  balik semula ke Makkah  kerana  gembira  dengan  berita  tersebut. Al- Faruq  bermakna  orang  yang  membezakan yang hak dengan bathil.
  Nabi  Muhammad (saw)  memberikan gelaran ini kepadanya setelah  beliau  membawa   sekumpulan  umat  Islam untuk  bersembahyang  di hadapan  Kaabah  secara  terbuka  untuk  pertama kali  dalam sejarah  Islam. Saidina ‘Umar  sendiri  menjaga mereka  daripada  ganguan  kaum Quraisy.  Nabi  Muhammad (saw) juga  menggelarkannya  sebagai Abu Hafs  kerana  kegagahannya.
   Sebelum  memeluk  Islam,  beliau  amat  ditakuti  oleh umat  Islam  sehingga  Nabi  Muhammad(saw)  sendiri  memohon  perlindungan  daripada  Allah  supaya  diislamkan  salah  seorang  daripada  dua orang  ‘Umar, iaitu  ‘Umar Ibn  Hisyam (Abu Jahal)  dan  ‘Umar  al-Khattab.  Beliau  sanggup  menyahut  seruan  pemimpin  Quraisy  untuk   membunuh  Nabi Muhammad  (saw)  dalam  tahun  keenam  kerasulan  baginda.  Namun  dalam  perjalanan  menuju ke rumah  Nabi  Muhammad  (saw),  beliau  telah  singgah  di rumah  adiknya  dan  memeluk  islam  setelah  membaca  sepotong  ayat daripada  Surah Taha yang bermaksud :
Sesungguhnya Aku  ini adalah Allah, dan  tidak ada Tuhan  selain Aku,  maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati-ku
Beliau  menjadi  khalifah  yang kedua  setelah dipilih  oleh  Khalifah Abu Bakar as-Siddiq. Beliau  juga  adalah  khalifah  yang pertama yang digelar  sebagai  Amirul-Mukminin. Menurut Abdullah bin Mas’ud,  pengislaman ‘Umar adalah satu kemenangan,  hijrahnya  ke  Madinah  adalah satu  pertolongan dan  pemerintahanya  adalah satu rahmat.
  Setelah cadangan  Khalifah  Abu Bakar as- Siddiq  mendapat satu persetujuaan  penuh  daripada  kalanagan  sahabat dan  orang ramai, Saidina Uthman  menuliskan  surat  perlantikan  tersebut dan  diisytiharkan sendiri  oleh  Khalifah Abu Bakar as-Siddiq pada  13 Ogos  634 Masihi  atau  22  Jamadil – Akhir 13 Hijrah.
   Meskipon tempoh beliau memerintah adalah singkat iaitu  hampir 10 tahun  634-644  Masihi. Sepanjang tempoh itu pelbagai perubahan dan  pembagunan yang telah dilakukan untuk rakyat negaranya.


PENCAPAIAN KEMAJUAN DAN PERKEMBANGANNYA PADA ZAMAN SAIDINA UMAR- AL KHATTAB

Sepanjang pemerintahannya Saidina Umar  Al-Khattab  telah menyumbangkan pelbagai sumbangan besar untuk pembagunan negara. Sumbangan – sumbangan  tersebut boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu  pembaharuan dalam bidang pentadiran, pembaharuan dalam bidang social, dan pembaharuan  dalam  bidang  ekonomi.

PEMBAHARUAN  DALAM  BIDANG  PENTADBIRAN 
Pembentukan Majlis Syura
Khalifah Umar telah membentuk satu Majlis Syura yang merupakan lembaga atau majlis perunding yang tertinggi. Ianya terbahagi kepada dua iaitu Majlis Syura Tertinggi dan Majlis Syura Am. 
Anggota Majlis Syura Tertinggi ialah terdiri daripada Uthman b. Affan, Ali b. Abi Talib, Zaid b. Tsabit, Abdul Rahman b. Auf, Saad b. Abi Waqas dan Muaz b. Jabal. Semua pekara yang melibatkan masalah politik, keselamatan dan sosial negara akan dibincangkan bersama-sama dalam majlis tersebut. Majlis Syura ini juga bertanggungjawab menentukan polisi negara dalam soal pemerintahan dalaman dan hubungan luar. 
Melalui amalan sistem syura, Khalifah Umar dapat mengetahui apa-apa permasalahan yang berlaku kepada dalam semua segi. Beliau juga membuka peluang dan kebebasan yang seluas-luasnya kepada semua orang untuk mengemukakan fikiran dan pendapat mereka demi kebaikan dan keadilan Islam. Sehingga beliau menggangap semua manusia yang tidak mahu memberikan pendapat adalah manusia yang tidak berfaedah. 


 Memperbaharui undang-undang pentadbiran tanah 
Ia diperkenalkan apabila wilayah jajahan Islam semakin luas.Di Iraq, Syira dan Mesir misalnya, segala tanah awam adalah menjadi hak kerajaan tempatan dan segala hasil yang daripada tanah –tanah tersebut akan digunakan untuk membiayai kemudahan awam negara itu.Tanah-tanah yang dimiliki oleh penduduk Iraq tidak akan dirampas Cuma dikenakan cukai oleh kerajaan islamNamun tanah milik pemerintah Rom di Mesir dan Syria  telah dirampas  dan dibahagikan kepada para petani.
    Tentera atau umat islam tidak dibenarkan mengambil tanah-tanah di negara jajahan melainkan melalui pembelian.  Ini berbeza dengan amalan sebelum-sebelumnya dimana tanah jajahan akan dibahagikan  kepada para tentera yang menyertai peperangan

 Memperluaskan skop pengawasan dan pentadbiran
Khalifah Umar b. al-Khattab memperluas skop pengawasan terhadap pegawai-pegawai kerajaannya. Ini bermakna, pegawai-pegawai zaman Umar b. al-Khattab sentiasa berada di bawah pemerhatian atau pengawasan semua pihak. Khalifah Umar b. al-Khattab memperaktikkan beberapa kaedah bagi menjayakan sistem pengawasan pentadbirannya, antaranya:

i) Memastikan semua gabenor wilayah dan pegawai kanan kerajaan berada di Mekah pada musim haji. Di samping itu, mereka juga diberikan peringatan tentang bahaya rasuah, hadiah dan penyalahgunaan kuasa dalam pentadbiran. Rakyat seluruh negara dimaklumkan terlebih dahulu tentang pehimpunan tersebut. Individu yang bermasalah atau pernah dizalimi oleh pegawai-pegawai berkenaan. Dengan ini, semua pihak perlu berhati-hati dalam setiap tindakan dan perlakuan.

ii) Pegawai-pegawai yang bertugas di luar kawasan ibu negara Madinah tidak dibenarkan masuk ke ibu negara pada waktu malam kerana penyelewangan boleh berlaku pada waktu malam.

iii) Pegawai-pegawai kerajaan diwajibkan untuk membentangkan penyata harta milik mereka ketika mula bertugas, sedang bertugas dan ketika tamat perkhidmatan. Sumber-sumber harta yang bertambah tanpa bukti yang sah akan dirampas.

iv) Khalifah dan pembantu-pembantu menyusun pogram rondaan malam dan siang bagi mendapatkan maklumat yang jelas tentang kehidupan rakyat jelata. Mereka juga berusaha menangani dan menyelesaikannya dengan baik.

v) Bagi wilayah Islam yang berada jauh dari pusat pentadbiran, khalifah menugaskan ramai perisik untuk mendapatkan maklumat tertentu dan melaporkannya kepada ibu negara. Ini sebenarnya merupakan lanjutan polisi yang dijalankan oleh Rasulullah s.a.w dan Khalifah Abu Bakr iaitu memberikan kebebasan bertindak kepada gabenor wilayah dalam urusan yang khusus dan membataskan tindakan kepada urusan yang umum.

Pembahagian  wilayah-wilayah Islam
 Khalifah Umar telah membahagikan kerajaan Islam yang semakin luas  kepada beberapa wilayah demi  menjaga  kelincinan pemerintahan Islam. Wilayah-wilayah tersebut terdiri daripada:
1. Hijaz (berpusat di Makkah)
2. Syria/ Syam (berpusat di Damsyik)
3. Iran (berpusat di Basrah)
4. Iraq (berpusat di Kufah)
5. Mesir (berpusat di Fustat)
6. Palestin (berpusat di Jerusalem)
7. Jazirah/Mesopotamia (berpusat di Hims)
8. Madinah sebagai pusat pemerintahan Islam
Setiap wilayah terdapat beberapa pegawai untuk memastikan kelancaran pentadbiran,mereka yang dilantik dikehendaki datang ke Makkah pada setiap tahun untuk membuat laporan setelah menunaikan haji. Orang  ramai juga  diberikan peluang  untuk  mengadukan hal tentang  pegawai-pegawai yang  ditugaskan itu.
  Khalifah Umar al-Khattab dikatakan berkebolehan memilh pegawai-pegawai yang cekap bagi melincinkan jentera  pentadbiranya. Antara pegawai yang terkenal dalam pentadbirannya ialah  Muawiyah bin Abu Sufin, Amru bin Al- AS, Mughirah bin Shu’bah dan Zaid bin Sumyah.
Antara jawatan utama yang dilantik di setiap wilayah ialah:
1. Wali atau gabenor yang menjadi ketua pentadbiran awam dan panglima tentera.
2. Pengarah perbendaharaan (Sahib al-Bait-ul-Mal)
3. Pemungut cukai (Sahib al-kharaj)
4. Ketua Polis (Sahib al-Andath)
5. Hakim atau kadi
Sebelum seseorang gabenor itu dilantik mereka haruslah mengisyiharkan harta benda masing-masing demi mengelakkan amalan rasuah. Mereka juga disyaratkan supaya tidak menunggang kuda Turki atau memakai pakaian yang mahal.

Mengambil bekas golongan Riddah sebagai tentera Islam.
Pada zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, sebahagian dari wilayah Iraq, khususnya di bahagian selatan telah dikuasai oleh tentera Islam dan panglimanya pada waktu itu ialah Khalid b. al-Walid. Pada zaman Khalifah Abu Bakr al-Siddiq juga, bilangan tentera Islam yang terlibat dalam peperangan pembukaan wilayah tidaklah begitu ramai dan terhad pula kepada golongan yang tidak pernak murtad. Dengan terlantiknya Umar b. al-Khattab sebagai khalifah , beliau telah melantik panglimanya yang baru iaitu Abu ‘Ubayd b. Umar al-Thaqafi untuk meneruskan ekspidisi di Iraq. Peperangan pertama berlaku di Qarqas (al-Jisr) yang dikenali sebagai perang jambatan. Peperangan ini berlaku di sekitar jambatan yang merintangi sungai al-Furat. Sebelum peperangan, berlaku cabar-mencabar antara tentera Islam dn Parsi tentang siapa yang berani menyeberangi terlebih dahulu. Oleh sebab tersalah perhitungan, Abu ‘Ubayd telah memerintahkan tenteranya menyeberangi jambatan tersebut. Justeru itu, tenteranya telah mengalami kekalahan dan Abu ‘Ubayd serta tujuh orang pahlawan daripada suku Thaqif termasuk saudara dan anak Abu ‘Ubayd terkoban. Peristiwa ini berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke 13H/634M. Dengan kekalahan ini, bilangan tentera Islam mula berkurangan dan ada di kalangan mereka yang mula hilang pedoman. Atas sebab itu, Khalifah Umar b. al-Khattab telah membuat perubahan dasar dengan mengambil bekas golongan al-Riddah sebagai tentera baru Islam bagi menyertai peperangan. Ini adalah memandangkan bekas golongan al-Riddah mempunyai bilangan yang ramai dan untuk memperkukuhkan lagi kedudukan tentera Islam yang bilangannya agak terhad untuk menghadapi pihak musuh. Maka dengan ini, tiada lagi tindakan yang dikategorikan sebagai al-Riddah, diyakini bahawa golongan ini betul-betul menyesal dan mematuhi Ulil al-Amr .


 Memperbaharui bidang kehakiman

Pada masa pemerintahan Khalifah Abu Bakr al-Siddiq, beliau akan mencari ayat-ayat al-Quran untuk dijadikan panduan umum. Jika tiada beliau akan mendapatkan hadith atau al-sunnah dengan menanyakan kepada para sahabat terutama yang boleh dipercayai untuk dijadikan landasan hukum. Ini menunjukkan bahawa walaupun Khalifah Abu Bakr merupakan sahabat yang terdekat dengan Rasulullah s.a.w. dan seorang khalifah, ternyata beliau tidak berani melakukan ijtihad sebagaimana yang dilakukan oleh Khalifah Umar b. al-Khattab. Antara ijtihad yang telah dilakukan oleh Umar b. al-Khattab ialah beliau telah menambah jumlah sebatan ke atas peminum arak dari 40 sebatan kepada 80 sebatan. Pada masa Khalifah Umar b. al-Khattab beliau telah mengadakan penyerahan tugas kehakiman daripada khalifah kepada qadi.

Dalam bidang pentadbiran Khalifah Umar b. al-Khattab sentiasa memikirkan kaedah-kaedah yang terbaik serta mampu memberi keadilan kepada semua pihak. Pada masa pemerintahan beliau,banyak wilayah-wilayah baru dibuka dan empayar Islam meluas sehingga ke wilayah Rom dan Parsi. Orang-orang Arab telah bercampur dengan masyarakat bukan Arab dan timbul berbagai masalah baru yang perlu diselesaikan. Khalifah Umar b. al-Khattab merupakan orang yang pertama membuat pembaharuan dalam urusan kehakiman ; beliau melantik qadi sebagai ketua hakim di setiap daerah. Mereka berkuasa penuh terhadap melaksanakan tugas-tugasnya dengan adil tanpa dipengaruhi oleh pemimpin daerah. Dengan kata lain, qadi menjatuh hukuman tanpa memandang status, tidak kira samada seseorang itu berpangkat tinggi atau rendah, kaya atau miskin, bangsawan atau tidak. Umar tidak memberikan jawatan qadi kepada sebarang orang kecuali kepada mereka yang mampu dan cekap dalam bidang kehakiman. Syarat utama yang dijadikan pertimbangan ialah integriti peribadi seperti takwa, warak, adil, di samping kemampuan dan keluasan ilmu pengetahuan dan keterampilan dalam bidang kehakiman.


Pembaharuan pentadbiran ketenteraan

   Khalifah Umar adalah khalifah pertama yang memberikan gaji kepada tenteranya.  Tentera Islam telah dibahagikan   kepada 2 kategori iaitu tentera tetap dan tentera simpanan(sukarela). Tentera tetap diberikan gaji,, pakain seragam dan  keluarga mereka turut mendapat  bantuan. Pusat-pusat  ketenteraan telah ditubuhkan di Bandar-bandar  utama seperti Madinah,  Kufah, Basrah,  Monsul, Fustat, Hims dan sebagainya dan  tentera-tentera  dikenakan  peraturan  dan displin  tertentu yang  sesuai  dengan  ajaran  Islam.
   Pusat-pusat tentera ini kemudianya telah tumbuh  sebagai pusat kebudayaan Islam. Beliau telah mengarahkan Abdullah bin Qaisy untuk  membina  kubu-kubu pertahanan di sempadan yang mengadap negara musuh demi  keselamatan  kerajaan Islam. Tentera-tentera diwajibkan  menjalani latihan  ketenteraan seperti  menunggang kuda dan  berjalan kaki tanpa kasut  dan  tidak ddibenarkan melibatkan  diri dengan pertanian  di negara-negara jajahan.
   Tujuannya ialah  untuk  menanam semangat perjuangan pada setiap masa dan ketika dan mengelakkan  daripada  berlakunya tuduhan  dan anggapan yang  serong terhadap  orang-orang Islam oleh  penduduk tempatan. Semua  anggota  tentera  telah  dicatatkan  disenaraikan. Umar  juga  menubuhkan  jabatan  penyiasatan  jenayah  tentera  rahsia.





PEMBAHARUAN DALAM BIDANG SOSIAL

POLISI BARU UNTUK GOLONGAN DHIMMI
   Golongan Dhimmi ialah orang-orang  bukan Islam yang bernaung di bawah negara Islam dengan dikenakan cukai jizyah. Khalifah Umar telah  memperkenalkan  beberapa polisi ke atas  golongan  ini supaya  kedudukan  sosioekonomi dan  politik mereka tetap dijaga. Beliau telah menetapkan cukai  jizyah dan  cukai  tanah  yang  rendah kadarnya  supaya  tidak  menyusahkan mereka.
    Pernah  suatu  ketika  apabila  hasil cukai  tanah  sampai  dari Iraq, Khalifah Umar al-Khattab  telah menjemput  seramai  10 orang dhimi  dari kufah dan 10 orang lagi  dari Basrah supaya  mereka  bersumpah sebanyak 4 kali bahawa  cukai yang dikenakan itu  tidak menyusahkan mereka. Beliau akan meninjau  pandangan golongan ini terlebih dahulu  sebelum  melaksanakan  sesuatu  peraturan  yang berkaitan dengan mereka. 
  Taraf dan hak awam ke atas golongan ini  memberikan  sama seperti  yang dinikmati  oleh masyarakat Islam.  Golongan  Dhimi  yang masih  menentang  kerajaan Islam  akan dihalau  keluar  negara. Namun harta benda mereka  tidak akan  dirampas  manakala  harta  benda  yang  tidak boleh  dipindahkan  seperti  lading akan dibayar  ganti rugi oleh kerajaan Islam.

 Menetapkan awal tahun hijrah dan mempelbagai aktiviti pembangunan sosial.
Khalifah  Umar  b. al Khattab  merupakan  orang  yang  pertama  mengadakan  takwim  Islam berdasarkan  tahun  hijrah  iaitu  bermula  pada  tahun  1  Muharram  ( menyamai 16 Julai 622 Masihi).  Penubuhan  takwim  Islam  ini  dibuat  pada  tahun  17 hijrah,  tujuannya  adalah  bagi  memudahkan  urusan  pentadbiran  negara.  Beliau  telah  membuat  penetapan mengenai  awal  tahun  hijriyyah  yang  sebelum  ini  tidak  pernah  difikirkan  oleh  kaum muslimin.  Surat  menyurat  yang  diterima  oleh  Umar  b. al-Khattab  daripada  panglimanya lengkap  dengan  tanggal  hari,  bulan  tetapi  tanpa  tahunnya.  Umar  al-Kattab  meminta pendapat  para  sahabat  nabi  tentang  awal  tahun  hijriyyah.  Para  sahabat  berpendapat tahun  hijriyyah  itu  diawali  dengan  hijrahnya  Rasulullah  s.a.w.  dari  kota  Mekah  ke  kota  Madinah.  Dengan  ini  Umar  b. al-Khattab  merupakan  orang  yang  pertama menetapkan  calendar  tahun  hijrah 


Dalam  usaha  meningkatkan  kehidupan  rakyat  pula,  khalifah  Umar b. Al-Khattab  telah mengadakan  pelbagai  kemudahan  awam.  Beliau  telah  membina  jalanraya,  taliair, empangan  seperti  empangan  Abi  Musa  dan  empangan  Amirul  Mukminin,  jambatan dan rumah-rumah  persinggahan  untuk  pelawat.  Beliau  juga  telah  mengadakan  perkhidmatan pos  dan  mengadakan  matawang  sendiri  yang  diperbuat  daripada logam.  Khalifah Umar b. al-Khatab  turut  membina  bandar-bandar  tentera (masalih)  seperti  bandar  kufah, Basrah,  Damsyik  dan  Fustat. Bandar-bandar  ini  dijadikan  pusat-pusat  penempatan  atau kem  tentera  didirikan  bertujuan  untuk  mengawal  sempadan  wilayah-wilayah  yang ditakluki  dari  bandar-bandar  tersebut.  Di  tengah  bandar-bandar  tersebut  didirikan  pula masjid-masjid  sebagai  tempat  beribadat  dan  pusat  penyatuan  masyarakat  Islam.  Dengan ini,  segala  usaha  pembangunan  social  yang  dilakukan  oleh  Khalifah  Umar  b. al Khattab adalah  untuk  kepentingan   dan  keselesaan  rakyat  jelata  yang  sebelum  ini  belum  pernah menikmati  kemudahan-kemudahan  seperti  yang  pernah  disumbangkan  oleh  beliau .

Memperbaharui taraf kedudukan hamba
   Beberapa  pembaharuan juga dilakukan untuk  menjaga  kepentingan  social, taraf  dan  kedudukan  golongan  hamba dalam  masyarakat.  Ini  bertujuan  supaya  mereka  tidak  dihina  atau ditindas.  Hanya  orang-orang  yang  benar-benar  terlibat  menentang Islam  dalam  peperangan  sahaja  akan  dijadikan  hamba.  Ini  bermakna  penduduk  awam  dalam  negara yang  dijajah  akan  terus  dibenarkan  hidup  bebas.
  Hamba  perempuan yang  menjdi ibu  pula tidak  boleh  dijual  beli sewenang-wenangnya  seperti  hamba-hamba  yang  lain.  Hamba yang  berkeluarga  tidak  boleh  dipisahkan  dari  anggota keluarganya  yang  lain.  Oleh itu  hamba  yang  berkeluarga  mestilah  dibeli  atau  dijual  bersama-sama  dengan  anggota  keluarganya.
Taraf golongan hamba juga disamakan dengan tuannya dalam apa-apa hal tertentu, pegawai-pegawai yang tidak menghormati dan menjaga hal kebajikan hamba akan dikenakan tindakan oleh Khalifah Umar. Sebagai contoh, Umar pernah melucutkan jawatan seorang pegawainya yang tidak menziarahi pekerjanya yang sakit.

Mengalakkan kegiatan keilmuan dan pelajaran 
   Khalifah Umar  amat  menggalakkan  kemajuan  ilmu  pengetahuaan  dan  pendidikan.  Pelbagai  langkah  telah  dijalankan  untuk  mengembangkan  al-Quran.  Guru-guru  telah  disediakan  bagi  mengajar  pelbagai  ilmu  berhubung  dengan  keimanan  dan  dihantar  ke  serata  tempat  yang  memerlukan  dan  diberikan  gaji  lumayan.  Sekolah-sekolah  telah  ditubuhkan  di masjid-masjid  untuk  diajar  pelajaran  al-Quran  di seluruh  wilayah  Islam.  Abu Sufian  misalnya  pernah  dilantik  untuk  mengajar  kaum  Badwi  dalam  usaha  untuk  menguji  pengetahuan  mereka  tentang  al-Quran.
  Umat  Islam  telah  diwajibkan  untuk  menghafal  surah-surah  tertentu  dalam  al-Quran  yang  menghuraikan  prinsip-prinsip  utama  ajaran  Islam  seperti  Surah  al-Baqarah,  an-Nisa,  al-Ma’idah,  al-Hajj  dan  an-Nur.  Golongan  yang  menghafal  seluruh  isi  kandungan   al-Quran  diberikan  pelbagai  ganjaran  sebagai  satu  usaha  untuk  menggalakkan  mereka   menghafal  seluruh  isi kandunagn  al-Quran   diberikan  pelbagai  ganjaran  sebagai  satu  usaha  untuk  mengahafal  kandungan al-Quran.


Kemudahan-kemudahan  lain

   Tidak  pernah  terdapat  penjara  di  Tanah  Arab.  Oleh  itu,  Khalifah Umar  telah  membeli lima  buah  rumah  di  Makkah  dan  dijadikkan  sebagai  penjara.  Penjara-penjara  yang  baik  juga  dibina  diwilayah-wilayah  lain.
    Hukuman  buang  daerah  telah  diperkenalkan  oleh  Khalifah  Umar al-Khattab  di  mana  beliau  telah  menjatuhkan  hukuman  buang  daerah  ke  sebuah  pulau  ke  atas  Abu  Mihjan  Thaqafi  kerana  bersalah  meminum  arak.  Beliau  turut  membangungkan  kota-kota  baru  seperti  Basrah,  Kufah,  Fustat  dan  Mausil.
     Basrah  di  Iraq  dibina  dalam  tahun  14 Hijrah.  Penduduk  asalnya  berjumlah  seramai  800  orang  tetapi  telah  meningkat  kepada  100 000  orang.  Dalam   zaman  Kerajaan  Umayyah, ia  mempunyai  penduduk  seramai  120 000  orang.  Kufah  di Iran  mempunyai  penduduk  asal  seramai  40  000  orang.
    Khalifah  Umar  menunjukkan  minatnya  kepada  pembinaan  kota  ini  dengan  menyediakan  sendiri  sebahagian  daripada  pelan  dan  peta  kota  itu.  Jalan  raya yang  dibina  adalah  seluas  60  kaki  dan  masjid  negerinya  boleh  memuatkan  seramai  40  000 orang  Jemaah.  Khalifah  Umar  pernah  menggelarkan  kota  tersebut  sebagai  Rasulul-Islam  atau  Pusat  Islam.  Fustat  di  Mesir  dibina  oleh  Amru  bin  al-As  di  atas  arahan  Khalifah  Umar.  Kota  ini  dianggap  sebagai  kota  Islam  yang  paling  indah  selepas  kota  Baghad.
Khalifah  Umar  telah  adalah  khalifah  yang  pertama  memperkenalkan  pasukan  polis  dan  digelar Ahdath.  Abu  Hurairah  pernah  dilantik  sebagai  Ketua  Polis di  Bahrain.
Khalifah  Umar  telah  membina  banyak  masjid  dan  memerintahkan  gabenor-gabenor  Islam  supaya  membina  sekurang-kurangnya  sebuah  masjid di  setiap  Bandar.  Di  Kufah,  sebuah  masjid  didirikan  untuk  setiap  kaum.
   Ahli  sejarah  berpendapat  bahawa  Khalifah  Umar  telah  membina  sebanyak  4 000  buah  masjid.  Beliau   juga  membesarkan  Masjid  Nabawi  di  Madinah  dan  Masjid al-Haram  di  Makkah  dan  menggantikan  selimut  bangunan  Kaabah  dengan  kain  Mesir  yang  mahal.
  Beliau  juga  mengarahkan  pembinaan  pejabat-pejabat  Baitul-Mal  di  seluruh  wilayah Islam.  Pembinaan  ini   diselenggarakan  oleh  bangsa  Parsi  bernama  Rozbah  yang  menggunakan   simen  yang  sama   seperti  dalam  pembinaan  istana-istana  Maharaja  Parsi.  Rumah-rumah  rehat  untuk  pengembara  turut  dibina.  Beliau  juga  membina  jalan-jalan  raya  dan  jambatan.  Jalan  yang  dibina   menghubungkan  Makkah  dengan  Madinah  telah  dilebarkan  lagi  dan  di  sepanjang  jalan  tersebut  telah  didirikan  rumah-rumah  rehat  dan  balai polis.





PEMBAHARUAN  DALAM  BIDANG  EKONOMI

Mengemaskini kadar pemberian al-Ata’
Pada zaman Abu Bakar al-Siddiq, semua orang yang memperoleh elaun daripada kerajaan iaitu al-‘Ata mendapat kadar yang sama. Abu Bakr pernah diberikan cadangan supaya mempelbagaikan jumlah pemberiannya tapi ditolaknya. Kata beliau: “ Mereka berlebih kurang di sisi Allah. Akan tetapi, dalam soal elaun ini elok jika mereka mendapat kadar yang sama”. Dasar ini telah dilanjutkan sehingga akhir zaman pemerintahannya. Pada zaman pemerintahan Umar al-Khattab, apabila penaklukan Islam menghasilkan harta yang banyak, beliau mengubah kaedah pembahagian elaun dan tidak lagi menurut dasar yang telah dilakukan sebelumnya. Kata beliau: Patut ada perbezaan antara orang yang pernah memerangi Rasulullah s.a.w. dan orang yang pernah berperang dengan baginda”. Orang ramai mesti dikelaskan dalam penerimaan elaun berdasarkan kedudukan mereka berhubung Rasulullah s.a.w. Apa yang dijelaskan, Abu Bakr melihat setiap muslim seperti adik beradik. Mereka perlu mendapat bahagian yang sama daripada pusaka peninggalan bapa yang mereka warisi .

Dalam hal ini, perbezaan kedudukan dan komitmen terhadap agama tidak diambil kira. Sementara Umar pula melihat perbezaan itu perlu diambil kira. Beliau menekankan soal senioriti sebagai asas perbezaan. Malah, apa yang dikehendaki oleh Umar ialah persamaan dalam erti kata yang sebenar. Ini kerana, tidak semestinya persamaan tersebut memberi maksud bahawa semua orang perlu mendapat kadar yang sama. Sebaliknya, setiap orang perlu mendapat kadar yang sesuai dengan sumbangannya sendiri. Umar sendiri pernah menegaskan apabila perubahan itu dilakukan oleh beliau katanya: ”Demi Allah, Ibn al-Khattab tidak bermaksud dengan perubahan ini kecuali keadilan dan kesamarataan” .





Tidak membahagikan harta rampasan perang ( ghanimah) kepada tentera
Pada zaman pemerintahan Umar b. al-Khattab, wilayah kekuasaan Islam sangat luas meliputi daerah Sham, Persia, Mesir, dan Iraq. Sewaktu negeri-negeri ini ditakluki, tanah pertanian termasuk tanah pertanian di Iraq dapat dikuasai oleh tentera Islam dan menjadi harta rampasan perang. Ketika itulah Umar b. al-Khattab mengirim surat kepada tentera Islam di Iraq mengatakan bahawa beliau tidak akan membahagikan harta rampasan perang khususnya yang tidak bergerak seperti tanah pertanian atau sawah kepada anggota tentera Islam sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. sebelum ini. Umar b. al-Khattab pada dasarnya ingin agar tanah pertanian yang dapat dirampas itu tetap dikerjakan oleh pemilik sebelumnya, kerana mereka dianggap menguasai hal-hal yang berkaitan dengan perlaksanaan dan pengolahan tanah pertanian. Manakala harta rampasan yang bergerak pula , Umar b. al-Khattab melaksanakan hukum seperti amalan yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.aw. sebelum ini iaitu dengan mengambil seperlima daripada harta itu dan membahagikan empat perlima yang lainnya kepada anggota tentera yang terlibat dalam peperangan.

Kebijaksanaan Umar b. al-Khattab yang tidak mengagihkan harta ghanimah berupa tanah pertanian kepada anggota tentera kaum Muslimin, nampaknya dilatarbelakangi oleh pertimbangan tertentu. Umar b. al-Khattab bermaksud mendahulukan kepentingan umum yang menyeluruh berbanding kepentingan peribadi, suku, atau golongan. Sehubungan dengan ini diterangkan seperti berikut: Keputusan ini didasarkan kepada: Pertama, akan menghalangi perjuangan mereka, kedua, akan memerosotkan kuantiti produk pertanian kerana mereka kurang berpengalaman dalam bidang pertanian, dan ketiga, menyebabkan timbul kasta baru dalam masyarakat, iaitu golongan tuan rumah yang menjalankan praktis monopoli serta akan menjadikan golongan lain menjadi penganggur dan hidup tersisa, dan menghalangi generasi muda, sebagai generasi penerus untuk mendapatkan hak dan mata pencarian mereka.

Dilihat dari keterangan ini, kebijaksanaan Khalifah Umar b. al-Khattab untuk tidak mengagihkan tanah pertanian rampasan perang nampaknya mempunyai alasan yang rasional iaitu demi kepentingan masa depan umat Islam yang lebih baik dan lebih banyak. Jika Rasulullah s.a.w. membahagikan kepada orang-orang Muslim harta rampasan perang yang terdiri daripada tanah pertanian pada masa itu sesuai dengan situasi yang ada, khususnya untuk memperbaiki nasib orang-orang miskin Muhajirin dari Mekah yang diusir dari tempat kediaman dan harta kekayaan mereka. Dan jika Umar b. al-Khattab tidak membahagi-bahagikannya, maka itu adalah kerana pertimbangan ekonomi kaum Muslimin di masa akan datang yang juga merupakan kemaslahatan. Selain itu, keadaan tentera di masa Khalifah Umar al-Khattab memerintah baik kedudukannya dibanding dengan tentera pada masa Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakr al-Siddiq. Ini kerana tentera pada masa Umar b. al-khattab telah mendapat gaji tetap tidak seperti pada masa Rasulullah s.a.w dan Abu Bakr al-Siddiq.


Memajukan  sector  pertaniaan

Khalifah  Umaral-Khattab  telah  membina  tali  air  dan  terusan  supaya  hasil  pertaniaan  bertambah. Antaranya  ialah  Terusan  Amirul-Mukminin  di  Mesir  yang  menghubungkan  Sungai  Nil  dengan  Laut  Merah  sepanjang  111  km  dari  Bandar  Fustat.  Di  Iraq  pula  telah  dibina  Empangan  Abu  Musa  yang  menyambungkan  Sungai  Dujlah (Tigris)  dengan  bandar  Basrah.
   Satu  kaji  selidik  tanah  dilaksanakn  di  Iraq  untuk  memudahkan  penaktasiran  cukai  dan  menemukan  jenis   tanaman  untuk  pertanian.  Tugas   ini  diketuai  oleh  Osman bin  Haniff  dan  Huzaifah  al-Yaman.  Rakyat  juga  digalakkan  untuk  membuka  tanah-tanah  pertaniaan  dan  akan  dikenakan  syarat  bahawa  hak  milik  ke  atas  tanah  tersebut  akan  ditarik  balik  sekiranya  gagal  menampakkan  hasil  dalam  masa  3  tahun.

Sistem  cukai
Khalifah  Umar  telah  menubuhkan  Baitul-Mal  untuk  menyimpan  harta  dan  khazanah  kerajaan.  Sumber  utama  kewangan  negara  dikutip  daripada  orang  Islam  melalui  zakat  dan  usyur(zakat tanaman).  Cukainya  ialah 1/10  jika  menggunakan air  hujan  dan  1/20  jika  menggunakan  tenaga.  Daripada  orang  bukan  Islam  pula  cukai  diperolehi  melalui  jizyah  dan  kharaj(cukai  tanah).  Baitul-Mal  juga  memperolehi  hasilnya  daripada  al-Fai  iaitu  harta-harta  rampasan  dari  pihak  musuh  tanpa peperangan  dan  ghanimah  iaitu  harta-harta  rampasan  peperang.
SISTEM  SYURA  KHALIFAH  UMAR AL-KHATTAB
  Khalifah  Umar  bin al-Khattab  pernah  berkata  “tiada  khaliffah melainkan  dengan  mesyuarah”.  Ini  menggambarkan  bahawa  setiap kepimpinan  itu  mestilah  membawa  konsep  mesyuarat  atau  demokrasi.  Pemerintahan  Khalifah  Umar  jelas  menampakkan  kebenaaran  kata-kata ini  dalam  konteks  pemerintahan  dan  proses  politik  yang  berlaku  pada  zamanya.


Majlis Syura pada zaman khalifah Umar al-Khattab
  Majlis syura adalah  sebuah  badan  mesyuarat  atau  badan  perunding  peringkat  negara  yang  ditubuhkan  oleh  Khalifah  Umar  al-Khattab.  Pembentukan  majlis  ini  dianggap  sebagai  salah  satu  ciri  penting  keadilan  pemerintahan  Khalifah Umar.  Ini disasarkan  kepada  ajaran-ajaran  al-Quran  dan as-Sunnah.  Majlis  Syura  yang  ditubuhkan  oleh  Khalifah  Umar  terbahagi  kepada dua iaitu  Majlis Syura  Tertinggi  dan  Majlis  Syura  Am
  Anggota  Majlis Syura  Tertinggi  Khalifah Umar  al-Khattab  terdiri  daripada   Uthman  bin  Affan,  Ali  bin  Abu  Talib, Zaid  bin  Thabit,  Abdul  Rahman  Auf,  Saad  Abi  Waqqas  dan  Muaz  bin  Jabal.
     Semua  perkara  penting  yang  melibatkan  masalah   politik,  keselamatan  dan  social  negara  akan  dibincangkan bersama-sama  dalam  majlis  tersebut.  Majlis  Syura  juga   bertanggungjawab  menentukan  polisi  negara   dalam  soal pemerintahan  dalaman  dan  hubungan  luar.  Majlis  ini  juga   bertanggungjawab  meneliti  semua  masalah  umat  dan  negara  Islam  yang  tidak  diterangkan  dalam  al-Quran  atau  Sunnah  Nabi(Hadis Nabi).
   Melalui  amalan  sistem  syura ini,  Khalifah  Umar  telah  membuka  peluang  dan  kebebasan  yang  seluas-luasnya  kepada  semua  orang  untuk  mengemukakan  fikiran  dan  pendapat  mereka  demi  kebaikan  dan  keadilan  Islam,  sehingga  beliau  mengaggap  bahawa  manusia  yang  tidak  dapat  atau  tidak  mahu  memberikan  pendapat  adalah  manusia  yang  tidak  berfaedah.
   Khalifah  sendiri  memengang  kuasa  tertinggi  dalam  negara  perlu  tunduk  dan  mematuhi  apa  sahaja  keputusan  yang  perlu  dibuat  oleh  Majlis  Tertinggi  Syura, walaupon  beliau  boleh  menolak  keputusan tersebut.

Pemerintahan Khalifah Umar adalah berasaskan  sistem  syura
  KhalifahUmar  sangat  sedar  bahawa  segala  masalah  dan  urusan  pemerintahan  negara  Islam  adalah  juga  masalah  dan  kepentingan  umat  seluruhnya. Oleh  kerana  itulah  beliau  tidak  ingin  memulakan  sesuatu  langkah  melalui  keputusannya  sendirian.  Kerana  itulah  beliau  juga  melafazkan  kata-kata  yang  terkenal  iaitu  “tiada  khalifah  melainkan  dengan  mesyuarah”.  Terdapat  banyak  bukti  bahawa   proses  pemerintahan  Khalifah  Umar  adalah  benar-benar  didasarkan kepada  konsep  syura.  Antaranya:
1. Khalifah  Umar  sentiasa  berunding  dengan  para  sahabatnya  yang  utama  dalam  menjalankan  tugas  pemerintahan.  Beliau  cuba  mengelakkan  daripada  membuat  sesuatu  keputusan  secara  bersendiriaan  dengan  sewenangnya-wenangnya.  Ini  kerana  beliau  menyedari  bahawa  segala  urusan  dan  masalah  pemerintahan  negara  adalah  masalah  dan  kepentingan   seluruh  umat  Islam.  Oleh  itu  penubuhan  Majlis  Syura  adalah  selaras  dengan  dasar  yang  dipegangnya  itu.
2. Pentabdiran  negara  Islam  berpusat  di  Madinah  di mana  Khalifah  Umar al-Khattab  menjadi  ketua  negara.Beliau  dibantu  oleh  sesebuah  badan  yang  dinamakan  Majlis Tertinggi  yang  dianggotai  oleh  pemimppin-peminpin yang  mewakili  semua  peringkat  golonngan  iaitu  golongan  Ansar  dan  golongan  Muhajirin.  Cara-cara  sesuatu  keputusan  dibuat  di dalam  Majlis   syura  adalah  mengikut  suara   majority  dari  anggota-anggotanya.  Jika  sebahagian  besar  anggotanya  tidak  bersetuju  dengan  sesuatu  perkara  maka  perkara  tersebut  tidak  boleh  dilaksanakan.
Misalnya,  Khalifah  Umar  pernah  bercadang  untuk  memimpin  sendiri  tentera ke Parsi setelah  Panglima  Mathna  meminta  bantuan.  Namun  Majlis  Syura  menetangnya.  Oleh  itu  Panglima  Saad Adi  Waqqas  dihantar untuk mengetuai pasukan  pembantu  ke Parsi.



     Contoh   lain  pulak  ialah  pada  tahun  21  Hijrah, sekali  lagi  Khalifah   Umar  bercadang  untuk  memimpin  tentera  ke  medan  perang  Nahrawan  bagi  menentang  Parsi.  Sekalai  lagi  cadangan  beliau  ditolak  oleh  Majlis  Syura  kerana  khuatir  tentang  keselamantan  beliau.  Kali  pertama  Khalifah  Umar  keluar  dari  kota  Madinah  semasa  menjadi  Khalifah  ialah  apabila  Majlis   syura  membenarkan  beliau  pergi ke baitulmaqdis  untuk  membuat  perdamaian  dengan  penduduk disana.

3. Khalifah  Umar  akan  terlebih  dahulu  bermesyuarat  dalam  Majlis  Syura  sebelum  melantik pegawai-pegawai  utama  disesebuah  wilayah  seperti  jawatan  gabeenor, pegawai perbendaharaan,  kadi  atau  pegawai  polis.  Ini  bertujuan  untuk  memastikan  bahawa  pegawai-pegawai  yang  bakal  dilantik  itu  benar-benar  berkebolehan.
4. Khalifah  Umar  sentiasa  menegaskan  bahawa  pemerintahan  dan penyusunann   masyarakat  Islam  mestilah  secara  syura.  Ini  kerana  melalui  sistem  syura  sahajalah  pemerintahan  akan  dapat  berjalan  dengan  baik  dan  keadilan  akan  dapat  dirasai  oleh  masyarakat. Ini  seterusnya  akan  menghasilkan  masyarakat  yang aman  dan  tenteram.
5. Setelah  beliau  ditikam  oleh  seorang  pemuda  Parsi,  beliau  masih  sempat  melantik  suatu  bentuk  lujnah atau jawatankuasa  yang  terdiri daripada  enam  orang  sahabat  untuk  memilih  salah  seorang  daripada  mereka  sebagai pegantinya kelak. Ini mengambarkan  bahawa  khalifah  Umar  akan  dapat  mengekalkan  ciri-ciri  permesyuaratan  walaupon  pada  wasiat terakhirnya.  




KESIMPULAN

 Khalifah Umar al-Khattab adalah sesorang  pentadbir yang amat cekap  dan bijak  serta  banyak  melaksanakan pembaharuan  dalam  pentadbiran negara Islam.  Dalam  zaman  pemerintahannya,  beliau  berjaya  memperluaskan  wilayah Islam  dan  membebaskan  rakyat yang  ditindas  oleh  penjajahan Parsi  dan  Rom.  Professor K. Ali  menganggapnya  sebagai  contoh  pemimpin  Islam  yang  unggul  dalam  seluruh  sejarah  Islam  pemerintahanya dianggap sebagai  Zaman  Keemasan Kerajaan Islam.  Beliau  telah memperkenalkan sebanyak 41 buah  pembaharuan  berdasarkan  al-Quran dan  Hadis digelarkan  Awliat –i-‘Umar.













Friday, 8 February 2013

MerApu

erm... dah lama tax online sem ni..mungkin sebab "banyak" keja kot..hahhahha
  keja la sangat kan..  masa pon dah semakin dekat sebab nak Li.. tempat pon dalam pemantawan la...
 pilihan 1 utk Li-Gamuda group... tapi nak apply utk projek double track railway.. tapi macam dah taxda harapan ja.. sebab benda tu pon dah nak siap..kalau nak apply gak utk company tu.. mungkin dapat utk project penang yg ke 2.. tapi penang masalah utama.. TEMPAT TINGGAL.. susah kot nak cari rumah sewa yg bajet kat sana dah la nak kena duduk 6 bulan kot...
pilihan no. 2 TK Holding@ consultant taxtau la sebab tax ingat nama penuh syarikat tu..hahahha
dengaq dari senior yg dah pi Li kat situ ..macam best ja..pastu siap dapat elaun 400 tiap2 bulan..walaupon pon sikit tapi berbaloi la.. sebab kena masuk site.. bukan buat keja dlm pejabat..lagi elok dari USIMA.. dah la kena masuk site pastu elaun pon 10 ringgit ja seminggu... lepas buat duit minyak ja...
no.3 atau last ..  JKR @ Pembandaran@ Pejabat tanah..
 govement jadi last choice sebab mostnya taxda projek..menang la nampak best tapi nak tulis apa dalam buku report Li... nak tulis dok goyang kaki ngn main Fb kat pejabat... fuhhh.. jemmm kot...

Dan ..la ni dalam cuti sem 1 minggu.....

tapi cuti dgn keja yang bertimbun... masa..masa...masa...masa..
rasa2 macam tax cukup ja...huhuhuhu

G.

Sunday, 23 December 2012

mengenang yg tiada

hari agak lain dari biasa...langit tidak cerah, macam nak hujan tapi tax hujan2...

jadi taxda akitiviti yg menarik boleh buat... selain dari buat assignment ngn resume...
 time buat benda tu mungkin sebab "terlalu penat" jadi tertido sekejap..time tu lepas zohoq..masa tertido tu termimpi satu perbualan yg betoi2 terjadi dengan seseorang yg dah taxda dalam dunia ni...
kalau tax silap kami memang pernah sembang pasai benda tu time buat "auto cadd "  walaupon time cakap benda tu kami gelak tapi bila ingat dia dah taxda ...jadi tersentap pon ada  sebab time tu dia pernah kata..
"aku dok tax nampak masa depan aku nak keja kat mana2 pon...nak sambung belajaq aku bukan pandai sangat.. pointer pon tax sampai 3.0 ... yg aku dok teringat org tua aku, moto ,ngn mati ja... aku minta kalau la aku mati biaq aku mati tax seksa ja,," time tu kami semua pakat dok gelak ja.. tax ingat benda tu akan betoi2 akan jadi..time tu pon semua pakat tax larat belaka besa  la dekat pukoi 3 pagi tax lena buat keja...
lepas aku mimpi tu aku pon mula2 tax berapa pasti benda tu ada jadi betoi2 dak sampai la aku call salah sorang yg ada sekali time tu.. dia pon kata memang arwah ada kata macam tu...

erm....
ajal maut tax kira sapa.. ia tax lambat dan tax kan cepat..
 utk org yg dah pergi kita beloh la sedekah kan al-fatihan kat dia moga2 dia selamat kat sana

jadi adakah kita dah bersedia utk ke sana???
 cukup ka amalan kita.... boleh ka kita menjawab soalan yg akan di tanya meskipon kita dah tau jawapannya??
 meskipon kita taxtau benda yg akan berlaku nanti tapi kita boleh la bersedia dari sekarang...
sesungguhnya diri aku pon bukan bersedia sangat.. banyak lagi benda yg nak kena buat dan aku pon bukan la org yg baik2...
sama2 la kita mengingati antara satu sama lain.. tax rugi apa pon kalau kita buat macam tu..

G.

Thursday, 8 November 2012

cerita hari khamis

buat kali pertama pada sem ni aku pakai kemeja ke kelas.. kononnya utk menampakkan imej koprat pada presentation merebut tender..padahal hal aku haram taxcakap sepatah haram pon time present merebut tender tu..hahaaha
mungkin kes tu la "syarikat "kami kalah ...
tapi aku memang redo ngn kekalah tu.. sebab org lain yg buat pastu org lain yg present memang la tax dapat sampai kan 100% la..
N kami gak lack off special quality... kurang idea ngn kos yg tinggi..hahhaha

tapi time balik dari kelas tu ada la singgah satu kedai music ni   utk cari pick ngn nak repair neck..
atas sebab2 tertentu nama kedai tu tax disebut..
time masuk kedai tu cuma ada 2 org costumer ja.. mungkin sebab dah nak malam kot... jadi time dok bersembang ngn tokei kedai tu ada la dia(tokei kedai) tanya soalan pasai gender music yg selalu main ngn minat sebab dia nak buat projek band .. pastu habaq la minat main alternatif   rock atau punk rock memag sama pon dua2 benda tu..hahaha
tiba2 ada seorang minat yg ala2 "najwa latif" ni  kata  "eerk" macam perli ja.. bunyi dia pastu tokei tu sambil gelak tanya la pasai apa dia kata macam tu... pastu dia kata la pasai fahaman punk yg  berjela2 pasai anti  segala mak nenek tu (memang betoi pon punk adalah fahaman yg anti banyak benda benda kes tu la rambut2 budak punk tter pacak sebab anti graviti) aku pon dah terpengaruh ni.. tapi time tu aku pon kata la tax semua yg macam tu pastu dia tambah lagi lirik lagu kumpulan punk tah apa2 .. pastu aku pon senyap la.. sebab music tu subjektif tax semua orang suka apa yg kita suka.. tax sampai 2 ... dengan muka derr ja. aku buat taxtau ja .. malas nak layan budak tu.. aku pon alih topik sembang ngn tokei tu tanya pasai projek band tu dia nak audition bila tengah2 dok sembang tiba2 dengar bunyi lagu buckface "panik" agak kuat la juga sebab kedai tu pon bukanya besaq sangat pon.. tengah dok cari tengok "najwa latif" tu angkat fon .. sah dah mai dari dia.. lepas2 dia letak telefon tu aku pon kata sambil tengok tokei kedai tu .. kata tax minat punk sebab tax elok la bagai  tapi tengok2 minat buckface dia taxtau ka yg buckface tu pon punk gak.. time tu aku memang kata bagi kuat nak bagi dia dengaq pastu tokei kedai tu nak gelak tapi dia tahan..hahaha
pastu budak pompuan tu pon senyum ngn muka yg nak merah  blah dari kedai tu... bukan apa org jenis ni aku memang meluat sebab cakap lebih pastu munafik pulak tu...


btw kat bawah ni " wall of something" macam dah sumbat kat sini..hahaha


G.

Saturday, 15 September 2012

Misteri Tandas lama

menyambung kes cerita kisah2 misteri time sekolah dulu..

     MISTERI TANDAS LAMA

cerita ni terjadi time hari selasa malam rabu ..pada mulanya  kami(aku dan 2 org lagi) baru balik dari fly..
pi makan kat kedai patani time tu ngn bawa balik oder ..
macam biasa la fly pastu dlm pukul 2-3 bagi balik asrama balik..
oleh sebab dah lewat malam tu tergerak nak masuk ikut gate dewan makan... selalunya masuk ikut pagar tandas..
jadi sebab dah masuk ikut gate dewan makan jadi kena la naik tangga asrama yg depan utk naik ke bilik..
 time naik tangga tu kawan (2 org tu) ada perasan macam ada org lintas .. dari arah kamar ke tandas lama.. depa kata lagu gak org tu lintas tapi dia ax lari cuma jalan ja..
 pastu dengan perasaan ingin tau pon kami cepat2 naik dan tengok kot2 area tu..
tempat tu betoi2 dekat area hujung korido taxda bilik lain kecuali tandas lama ngn bilik warden lama..
bilik warden ngn tandas tu memang kena kunci dari dulu la dan warden saja yg ada kunci  bilik2 tu...
time berdiri kat depan bilik warden yg lama dengaq bunyi macam ada org jalan dlm bilik tu.. mula2 ingat ada org buku bilik tu buat port ka apa..pastu elok2 ada kat depan pintu tandas tu try buka pintu tapi tax boleh
tiba2 dengar bunyi org buka air macam dok tengah mandi.... elok2 dengar ja.. cabut lari terus la .. sebab air dlm tandas tu dah kena potong jadi memang taxda air langsung la..gila nak tunggu lama2 depan tu.. erk..
seram sejuk gak la lepas tu...

G.

Friday, 24 August 2012

The schools days: mystery story

Malam Blackout 

Kisah ni terjadi pada malam minggu kalau tak silap pada hari jumaat malam sabtu.
seperti malam2 minggu di asrama takda aktiviti apa2 pon yg menarik boleh buat ... nak tengok tv pon tak boleh disebabkan faktor yg tertentu pada sepanjang tahun tu tv dekat asrama putera kena band... senior  punya pasal junior juga yg kena termasuk lah aku..hahahaha.. apa2 pon bukan benda tu yg nak diutamakn dekat sini.. jadi berbalik pada kisah tadi..sebagai budak asrama yg biasa waktu hujung minggu adalah masa utk tido, main benda2 terlarang, bercerita bohong,membuli junior, pow budak2 dan study bagi budak2 nerd..
ni la gambar "jambatan" tu hanya aku ja yg mengadap ke arah bangunan yg dua lagi  menagdap  padang bola
bagi penghuni asrama tahun kedua-(aku lah tu) mula kan lah aktiviti yg salah satu dekat atas.. tengah syok... tiba2 electric taxda .. boleh kata satu pekan blackout.. jadi para2 penghuni yg boring pon keluar lah dari kamar masing2 utk mendapatkan cahaya bulan malam tu bulan menambang penuh tapi nampak tax berapa jelas sebab dilindungi dek awan jadi termasuk aku pon berselerakkan lah dekan luar kamar.. pastu aku pon join lah dua org senior waktu tu depa upper 6 aku baru ja form 2 habis boring taxda apa aku join la sekaki dengaq depa sembang pasal awek depa dekat 30 minit juga la.. waktu aku dengar depa  dok sembang tu aku menagdap ke arah bangunan asrama dan depa berlawan dari aku ke arah padang bola time tu kami duduk diatas "jambatan"ditengah2 kolam..
waktu tu dah nak dekat time supper jadi kami yg diatas jambatan tu kira yg terakhir nak bergerak ke dewan makan sebelum kami bergeerak ke dewan makan aku terperasan satu lembaga yg ditutupi dgn kain putih bergerak2 dalam bilik pengawas asrama(exco)mula2 ingat ada orng nak main sebab warna kain selimut  asrama kaler putih kalau diterbalikkan(ada pengalaman troll org juga ) tapi buat2 endah tax endah ja la...
lembaga tu berlegar2 dalam ruang tamu blik tu sebelum ke arah bilik loker dalam bilik exco(nampak tak perbezaan antara penghuni biasa dengan exco macam tak adil ja..) time lembaga tu nak pi bilik loker tiba2 electric pon ada balik..time tu baru aku perasan yg lembaga tu dah hilang ..waktu tu senior yg 2 org tu dah gerak nak pi dewan makan dah.. aku pon sengaja la pi jengok dlm tu kot2 org yg ada org dalam tu tapi taxda org pon pastu aku pon masiuk la dalam bilik tu nak check.. puas aku check memang taxda org....
aku tak cerita dekat sapa2 pon pasal tu...sebab lebih kurang 2 minggu sebelum tu pada malam kebudayaan kot kalau tak silap la..ada org ternampak lembaga taxda kepala dalam bilik yg sama pastu sebelum dia cerita  kat org lain dia ada cerita dekat aku dia kata "ada lembaga pakai baju kaler putih berdiri dekat luar kamar (area ruang tamu bilik exco)lembaga tu taxda kepala... ,pastu dia pon cerita dekat org lain, salah sorang exco pon ikut dia pi kat tempat tu aku pon join jak(menyebuk ja time tuu) sampai kat situ memang taxda apa2..tapi memang ada satu baju yg dok tersangkut  dekat katil dalam bilik tidoq..yg peliknya time tu bilik tu tertutup..pastu org pakat kata yg dia nampak tu baju bukan lembaga..kes tu la yg malas nak buka cerita ..nanti org tuduh kata kita dok cerita bohong pulak..
semua yg ditaip adalah benar2 belaka terpulang lah utk percaya atau tax..
post yg mendatang kisah tandas lama dan makmal bio....

G.

Thursday, 19 July 2012

~Rangkuman Minggu ni~

Minggu ni ada beberapa benda menarik yg berlaku

1-Bermulanya sem baru dekat poli dan dapat class mate baru  yg  hampir seiras dengan "somebody"

2-Fon call yg agak bengong:
~kisah ini terjadi pada hari isnin petang yg indah(skema tax ayat) time tu baru balik dah habis kelas....   tengah2 best dok melayan national geographic yg tajuknya pasal street race zero toleration lebih kurang la tajuknya kalau tax silap. bila tengah khusyuk ja tegok tiba2 fon rumah bunyi macam biasa la jawab call tu.. tiba2 dengar ada satu suara pompuan kata "nah abang" agak kehariaannan juga la .. pastu orang tu tanya "ni kamal ka?'' pastu kata la bukan kamal.. dengan tax puas hati dia kata"jangan bohong ni kamal kan" pastu kata la silap nombor kot try  check balik no fon tu... pastu orang tu macam tax puas hati dan kata "ni kamal kan hang jangan dok main2 dengan aku.. dah la pandai dok kacau anak dara orang pastu dok usung merata pulak.."pastu balas balik la kata ni silap no ni yg umah XXXX (atas faktor2 tertentu elok tax disebut) dengan nada yg agak marah orang tu balas balik"hang janagn dok kencing aku.. bla..bla..bla..... malas nak dengar dah time tu pastu letak terus la.. lepas letak tu tax sampai 30 saat fon bunyi balik dia tanya awat letak.. pastu jawab la dah la silap no pastu dok maki tax tahuaan hala dari dengar hang dok maki tu baik aku letak.. pastu orang tu macam tax puas lagi kata "hang ni nak kena ngan aku sat lagi aku pi tabuh hang bla... bla...bla.. tax sempat dengar dia nak maki apa terus letak.. tax lama lepas tu fon bunyi lain time ni angkat2 fon dah mula dok maki2... time tu tengah geram pulak kata hang kalau tax puas hati sangat hang call handfon aku terus ni  no 019 XXXXXXX yg hang dok call fon umah aku tax boleh detact no fon tx po hang mai sini aku tunggu dekat  XXXX kita setel dekat mana yg hang tax puas hati sangat tu dah la silap no pastu dok maki orang pulak..elok2 habis kata tu tunggu dalam seminit gak la dia tax kata apa patu letak terus... pastu nak tengok net geo pon taxda semangat dah... tax sangka orang jenis ni  pon ada ka...ish2

3-Yg ni menarik jadi time on the way nak balik ke rumah
~Dalam perjalanan nak balik ke rumah  dekat tengah2 jalan berhampiran dengan fly over landasan kereta api berkembar tiba2 hujan lebat jadi singgah la dekat satu kedai makan rtepi jalan ni tapi kedai tu tax buka jadi tunggu la moto pon park agak terlindung dek meja makan lipat yg ada kat kedai tu...nak dijadikan cerita hujan tengah lebat ni tax menampakan seperti akan berhenti.. tiba2 datang sebijik moto wave RS warna hitam dua orang pompuan seorang biasa bertudung labuh dan seoarng lagi berhijab.. rasa2 macam pernah tengok yg bertudung labuh tu dekat pondok tanjung kapur dekat area2 sini saja..time mula tu pon tax perasan ada 2 orang tu berhenti sebab tengah pakai ear phone(tengah melayan foster the people full album tu) ngan dok khusyuk dok cheack tayar nagan rantai moto...  tax tau macam mana ear phone boleh tercabut sebelah.. pastu dengar macam ada suara orang dok bersembang agak rancak la.. dengan perasaan ingin tahu yg memuncak jadi dengan pantasnya  stop mp3 ngan bangun dari tempat tu.. time tu la ternampak dua orang pompuan tu... depa pon yg tengah khusyuk dok sembang pon boleh stop juga...  tax sampai 2-3 minit lepas tu salah sorang yg dari depa buat isyarat macam ajak teruskan perjalanan time tu hujan tengah lebat lagi...sorang lagi macam tax mau(mungkin sebab malu kot)..dan time tu pon taxda kenderaan kat jalan...
2-3 kali gak la yg sorang tu ajak terus keluar dari situ rasa2nya mungkin sebab malu kot..dengan perasaan bersalah ni dok pikaq elok kalau aku ja yg pi dari situ jadi aku pon gerak la terus dari situ meredah hujan...
tapi apa pon perangai pompuan tu yg ajak balik tu boleh dipuji gak la sebab mungkin dia dok pikaq tax elok dok situ lama takut nanti jadi benda lain pulaktambah2 aku ni bukan la baik sangat hahahaha(gelak jahat)...

jadi tu la saja rangkuman minggu ni

G.