Thursday, 14 June 2012

~3 mitos jepun yang terkenal~

1-Penciptaan Kepulauan Jepun


Mitos penciptaan alam semesta dalam kepercayaan Shinto ada direkodkan dalam 古事記 Kojiki (712 M). Ia merupakan gambaran yang menceriterakan mengenai penciptaan kepulauan Jepun. Ada banyak terjemahan bagi kisah ini dengan kepelbagaian yang merumitkan pemahaman. 

Izanagi no Mikoto (lelaki) dan Izanami no Mikoto (wanita) telah dipanggil oleh dewa-dewi yang meminta mereka berdua untuk menciptakan tanah baru yang akan menjadi Jepun. Mereka diberikan lembing yang mereka akan gunakan untuk mengacau air. Apabila air disapu dari lembing, ia menitis dan sebuah pulau terbentuk dalam kekosongan. 

Mereka tinggal lah di pulau itu dan membina istana. Dalam istana tersebut ada kutub yang besar. Mereka ingin mempunyai keturunan, maka mereka menjalankan upacara di sekeliling kutub. Lelaki di kiri dan wanita di kanan. Wanita memberi hormat kepada lelaki dahulu. Mereka ini kemudian mempunyai dua anak. Anak-anak ini rupanya tak elok maka mereka halau mereka menjadi pulau. Mereka berasa bahawa upacara tak dijalankan dengan betul. 

Lalu mereka menjalankan upacara sekali lagi menurut undang-undang alam yang betul. Yang lelaki mula bercakap dahulu. Makanya mereka melahirkan lapan buah pulau yang sempurna menjadi kepulauan Jepun. Selepas menciptakan pulau-pulau, mereka melahirkan kami yang lain. Izanami no Makoto kemudian meninggal dunia. Izanagi no Makoto cuba untuk menghidupkannya semula. Perbuatan Izanagi ini memberikan kesan yang buruk kerana melanggar peraturan alam. 

Kepulauan Jepun dianggap sebagai syurga kerana diciptakan terus oleh dewa-dewi untuk orang Jepun. Penciptaannya diarahkan oleh roh yang tinggi dalam empayar Jepun. Shinto menjadi penghubung asas antara kuasa dan kecantikan alam semulajadi dengan orang Jepun. Ia merupakan jelmaan kepada jalan dan pemahaman institusi kuasa kedewataan orang Jepun. 

2-''Ameterasu Oomikami Bersembunyi didalam gua"

Ameterrasu

Amaterasu  adalah dewa matahari bagi kepercayaan Shinto di Jepun. Dipercayai bahawa Amaterasu  menghantar cucunya iaitu Jimmu ke bumi pada 3,000 tahun yang lalu untuk menjadi pemerintah Jepun yang pertama, bermula dari keluarga dewa kepada keluarga diraja. Amaterasu telah diberi untuk memerintah di kayangan oleh Izanagi apabila Izanagi memberi kalungnya kepada Amaterasu sebagai tanda pemerintahannya.Setelah itu dalam satu pertandingan yang berlangsung bersama abangnya Susanoo(pertandingan ada diceritakan di dalam mitos Susano), Amaterasu melahirkan tiga dewa, yang keturunannya sama dengan Susano, dimana keturunan mereka daripada nenek moyang JimmuDalam pertandingan ini, Amaterasu tidak mahu mengaku kalah dan ini membuatkan Susanoo mengamuk yang mengakibatkan kegemparan di kayangan dan di Bumi. Amaterasu melarikan diri kedalam gua dan ini mengakibatkan seluruh Jepun diselubungi kegelapan. Akibat tindakan ini telah mengakibatkan banyak kekecewaan oleh semua makhluk di bumi. Banyak tumbuhan mati dan manusia hidup sengsara, para dewa yang lain berpendapat bahawa Amaterasu perlu diberikan semula tempatnya di langit. Mereka meminta bantuan dari para dewa-dewa yang lain dan menjalankan upacara pemujaan dan korban di luar gua dimana Amaterasu bersembunyi. Mereka juga menggantung cermin pada sebatang pokok di luar gua itu. Manakala sebahagian dewa masuk ke dalam gua untuk menarik perhatian Amaterasu.Medengar kekecohan yang berlaku Amaterasu bertanya mengapa semua dewa berasa gembira. Amaterasu bertanya kepada mereka apa yang berlaku dan dijawab bahawa mereka telah menemui orang lain untuk menggantikan dewa matahari. Amaterasu keluar dengan perasaan ingin tahu dan mengintai keluar dari gua. Kemudian dia Nampak cermin yang digantung dan nampak pantulan wajahnya, dia menyangka bawa dia melihat orang yang menggantiknya. Apabila dia keluar untuk membuat pemeriksaan pada cermin itu, dia telah ditangkap oleh seorang dewa dan gua tadi telah ditutup oleh dewa yang lain. Kehadiran Amaterasu setelah ia keluar dari gua  telah menerangkan kembali Jepun.

3-Perhimpunan Dewa-Dewi

Bulan ke-10 dianggap sebagai Kannatsuki(bulan tanpa dewa),kerana orang Jepun percaya bahawa dewa-dewi dari seluruh negara akan berhimpun di Tokong Izumotaisha yang terletak di Shimane 


G.



No comments:

Post a Comment