Saturday, 30 December 2017

last entry 2017

tahun 2017 sum total tahun ni.... emm banyak benda yang  jadi.. dan dah sampai masanya mostly kawan2 kawen.. team single makin pupus.. hahahahaa

Wednesday, 11 February 2015

hati MATI?

Sebetul2nya ... aku dh rasa kosong... txda lagi rasa nk suka sangt2 kat seseorg tu.. bolh kata mcm hati ni dah mati!!... mungkin dulu terlalu berharap dn tetapkn hati tu.. tapi bila semua HANCUR .. segala2 hilang.. kalau ada mungkin tk akn sama..

rasa benci yg TERPAKSA

Kadang  kadang kita saja bagi org benci .. baru la nanti bila kita txda ... taxda la org yg nak sedih utk kita.. baru depa rasa bahagia bila kita dah hilang dari hidup depa.. senang nk kenai dgn org tapi susah nk lupa dgn org..

Tuesday, 9 December 2014

sekian lama.. hampir setahun..

ermm.. lama tak menulis,.. taktau nk mula macam mana .. banyak sangat.. cerita.. nak diceritakan..  kenangan untuk diabadiakn... permulaan baru.. dan pengakhiran???

tapi terasa diri sangat malas nk tulis.. kan bagus kalau ada mesin letak ja kat kepala.. apa yg kita terfikir semua jadi kat screen.. sesuai utk org3 yg malas tahap cam aku kan..
apa2 pon semua mengikut tahap kerajinan aku hahaha

G.

Sunday, 2 March 2014

Dugaan Yg melanda sesi Dis 2013

ermmm...

 nak mula tulis pon dah  mengeluh panjang kan... macam tu la situasi kami student2 DKA5D

mula2 tekanan dari lecture yg sengaja nak "membinbing" student2nya dengan benda2 yg tak munasabah..
-peristiwa rumah sewa meletop.. lost tapi takda kemalangan jiwa atau kecederaan ..
-kisah sakit yg terpaksa tangguh 1 sem meskipon hampir final dalm sebulan ja lagi..

apa2 pon lepas dari dugaan2 ni harap ukwah yg terjalin akan lebih akrab antara classmate
mari kita naik ke pentas konvo sama2 ...
leave no men behind .. just the tears of yesterday

G.

Saturday, 28 December 2013

time to serious

ermmm... macam mana nak mula ya....
aku tak mahu "dia" menungu aku yg belum tentu ada masa depan dan kerjaya ni..... dah ada yg cukup segala2 sedia menunggu dia disana .. harap pergi dan jangan toleh belakang megharap aku..

kalau tak boleh lupa aku.. aku akan buat jadi benci aku.. dengan jaga semua yg dia benci ... bukan aku suka utk buat macm ni ... cuma harap dia dapat yg terbaik .. harap dia bahagia selalu

G.

Friday, 27 December 2013

terkenang peristiwa lama...

hampir setahun .. datang dugaan yg tidak dijemput.. aku hanya berharap semoga dapat diharungi dengan matang dan tidak seperti dahulu.. hanya mampu merancang dan berharap agak semuanya berjalan lancar namun yg menentukannya adalah yg MAHA ESA

G.

Thursday, 26 December 2013

Mula menulis kembali???

ssekejap ja dah masuk sem 5 aku pi sini ... tapi mula2 dapat daftar sem baru ni ramai student (DKA) yg terpaksa extence sem kes drop atau cary subject..  cth: dalam kelas 5D hanya 4 dari 25 yg layak utk ambik project.. alasan yg depa bagi  sebb ramai yg carry dan depa mungkin GB (gagal sbb 3 kali repeat) ermm tersentak juga la padahal yg carry 2 kali hanya la dalam 3-5 org ja rata2 lain drop subject ja.. taxda sebab yg drop akan GB .. kadang kala disebb mereka malas nak utk smenyelia  ramai2 kot sbb kami (intake dis 2011) ja DKA yg teramai yg tinggai .. so sem ni dari max kredit 18 aku hanya buat 16 ja.. alang nak membawa ke sem 7 baik bawa banyak sikit kalau tak tak berbaloi utk ambik subjek project ja utk 1 sem
..
subject project terbahagi kepada 2 :
-project 1(perbentangan dan kertas kerja)
-project 2(project akhir dan persembahan project)

mestipon aku drop subjek sem ni tapi jadual aku agak pek hahaha terutama kelas 8-10pg dan 3-5ptg
time diaantaranya kebanyakkan free. hahaha jadi aku selalu lena kat library :3
..sbb boring.. mohon poli repair hotspot ngn networking teruk kot kat sana
nak buat keja pon payah

pastu aku nak claim manifesto depa time pilihan raya hari tu sbb dengan cita promo macam ngn lampu isyarat bagai.. ngn parking payah.. pagi2 kalau kelas awai kena mai awai sbb nak parking saja dekat 10 minit kot..
apa kejadahnya boleh pi upgred time student dok guna parking padahal time cuti sem tak mau buat.. nanti cuti 2 bulan kan boleh  siap nak boh lantai batu marmar pon dak ... kes tu la aku dah lewat masuk kelas .. habiq rekot bersih aku sebagai student yg tak pernah tuang kelas  serius geram

G.

Pergi takkan kembali .. datuk terhebat

tanggal 14 november 2013 menjadi kenangan aku yg tak dapat dilupakan seorang insan telah pergi meninggalkan aku di usianya  76 tahun.. telah pergi salah sorang insan yg paling aku sayang .. datukku Haji Zain bin Jahara (1937-2013)..
setelah bertarung dengan sakitnya selama hampir sebulan di ccu hospital kangar..
aku rasa bersalah kerana tidak dapat bersamanya ketika awal kerana masih dalam latihan indistri..
mestikpon aku selalu skip kerja awal utk kerana namun aku tidak berkesempatan utk bersua muka dgnnya hanya dpat memerhati dari tingkap kaca bilik rawatan tersebut..
namun aku tetap bersyukur kerana dapat juga berada setiap hari pada hari2 akhir beliau mesti hanya dapat melihat dari jauh..
Beliau merupakan seorang bekas anggota tentera .. meskipon begitu seingat aku dia tidak pernah sesekali marah atau meningikan suara terhdap  anak2 serta cucu dan cicitnya..
beliau seorang yang ceria dah sporting ..
benarlah kata org.. "bila kita teringat kan org yg telah tiada meskipon kita ingat muka serta riak wajahnya.. tetapi kita tetap juga merindui suaranya"

datuk terhebat dalam kenangan 

foto2 pada hari tersebut kredit tu #P.I





Friday, 29 March 2013

Thursday, 28 March 2013

CITA-CITA

semua orang ada cita2 masing-masing... adakalanya ia berubah-ubah mengikut minat ssesorang pada satu2 tempoh masa dan adakalanya disebbkan oleh faktor-faktor lain...

erm.... dimana nak mula naa...
pertama sakali aku tulis post ni disebabkan aku tax boleh lena ...jadi kalau ada apa2 yg melalut atau merapu aku minta maaf awai2 la..hahha
ok berbalik pada "cita-cita" aku mula ada cita-cita masa form 1 *true story....
masa time tu cita2 nak jadi DOKTOR..hahahaha salah satu cita2 yg common dikalang kanak2 tidak "dewasa"

ermm...lepastu cita2 aku tetap sama until la form 3 bila aku tengok  CSI ngn NCIS mula dari ni la aku mula minat bidang forensik ....tapi aku ada tengok satu dokumentari pasai forensik ni...keja ni tax la segelemor apa yg digembar gemburkan..huhuhu... mustahil  nak selesaikan satu2 kes dalam masa yg singkat..


masa form 4 pulak...aku ada sangkut dengan cita MENTALIST pula..maasa tu aku minat nak jadi macam JANE..huhu
tapi cita tu serius best... dia boleh buat deduksi sebelum org lain tau..
ermm... time2 "kurang" matang ni cita2 aku terjerumus kearah tv ja...

then..mula la form 6 masa aku dapat Dip Seni Bina architectural ...mula2 rasa best..tapi bila dah ambik boleh terasa "best"nya yg amat -_-''... tax minat kot
  tambah2 kelas drafting....jemmm pala..
pastu aku tukaq la kos kepada yg lebih "senang" ... CIVIL ENGINEERING....
masa ni rasa best la org tanya nnanti nak jadi apa?.. boleh la kata nak jadi enginer ..
tapi lagi payah kot...

ermmm apa2 pon cita2 boleh berubah2 dari masa ke semasa jadi terus la berfikiran positive sbb apa yg anda belajaq tax semestinya akan jadi kerjaya yg anda idam-idamkan selama ni..namun minat boleh dipupuk...

THINK POSITIVE  ^___^

G. 


Thursday, 7 March 2013

PENCAPAIAN KEMAJUAN DAN PERKEMBANGANNYA PADA ZAMAN SAIDINA UMAR- AL KHATTAB

PENGENALAN


Umar bin al-Khattab bin Naufal bin Abdul Uzza bin Rabah bin Abdullah bin Qarth bin Rabah Adi bin Kaab dilahirkan  pada  583 Masihi daripada Bani Adi iaitu salah satu bani dalam kabilah Quraisy yang dipandang  mulia, megah dan berkedudukan tinggi.
   Pada  zaman jahiliyah, beliau menjadi seorang saudagar dan duta kaum Quraisy sekiranya  timbul peristiwa  penting antara kabilah Quraisy dengan  suku-suku Arab yang lain. “Umar  adalah  seorang yang berani, mempunyai ketabahan dan kehendak yang kuat , dan tidak  mengenal rasa takut dan ragu. Beliau terkenal sebagai seorang pemidato.
   Setelah memeluk  Islam,  beliau digelar al-Faruq kerana umat Islam mendapat  semangat baru hingga berani  mengamalkan ajaran  Islam  secara terang-terangan. Ini  kerana  berita  pengislamannya   menyebabkan ramai  umat Islam  yang sedang  berada  di  Habsyah  telah  balik semula ke Makkah  kerana  gembira  dengan  berita  tersebut. Al- Faruq  bermakna  orang  yang  membezakan yang hak dengan bathil.
  Nabi  Muhammad (saw)  memberikan gelaran ini kepadanya setelah  beliau  membawa   sekumpulan  umat  Islam untuk  bersembahyang  di hadapan  Kaabah  secara  terbuka  untuk  pertama kali  dalam sejarah  Islam. Saidina ‘Umar  sendiri  menjaga mereka  daripada  ganguan  kaum Quraisy.  Nabi  Muhammad (saw) juga  menggelarkannya  sebagai Abu Hafs  kerana  kegagahannya.
   Sebelum  memeluk  Islam,  beliau  amat  ditakuti  oleh umat  Islam  sehingga  Nabi  Muhammad(saw)  sendiri  memohon  perlindungan  daripada  Allah  supaya  diislamkan  salah  seorang  daripada  dua orang  ‘Umar, iaitu  ‘Umar Ibn  Hisyam (Abu Jahal)  dan  ‘Umar  al-Khattab.  Beliau  sanggup  menyahut  seruan  pemimpin  Quraisy  untuk   membunuh  Nabi Muhammad  (saw)  dalam  tahun  keenam  kerasulan  baginda.  Namun  dalam  perjalanan  menuju ke rumah  Nabi  Muhammad  (saw),  beliau  telah  singgah  di rumah  adiknya  dan  memeluk  islam  setelah  membaca  sepotong  ayat daripada  Surah Taha yang bermaksud :
Sesungguhnya Aku  ini adalah Allah, dan  tidak ada Tuhan  selain Aku,  maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati-ku
Beliau  menjadi  khalifah  yang kedua  setelah dipilih  oleh  Khalifah Abu Bakar as-Siddiq. Beliau  juga  adalah  khalifah  yang pertama yang digelar  sebagai  Amirul-Mukminin. Menurut Abdullah bin Mas’ud,  pengislaman ‘Umar adalah satu kemenangan,  hijrahnya  ke  Madinah  adalah satu  pertolongan dan  pemerintahanya  adalah satu rahmat.
  Setelah cadangan  Khalifah  Abu Bakar as- Siddiq  mendapat satu persetujuaan  penuh  daripada  kalanagan  sahabat dan  orang ramai, Saidina Uthman  menuliskan  surat  perlantikan  tersebut dan  diisytiharkan sendiri  oleh  Khalifah Abu Bakar as-Siddiq pada  13 Ogos  634 Masihi  atau  22  Jamadil – Akhir 13 Hijrah.
   Meskipon tempoh beliau memerintah adalah singkat iaitu  hampir 10 tahun  634-644  Masihi. Sepanjang tempoh itu pelbagai perubahan dan  pembagunan yang telah dilakukan untuk rakyat negaranya.


PENCAPAIAN KEMAJUAN DAN PERKEMBANGANNYA PADA ZAMAN SAIDINA UMAR- AL KHATTAB

Sepanjang pemerintahannya Saidina Umar  Al-Khattab  telah menyumbangkan pelbagai sumbangan besar untuk pembagunan negara. Sumbangan – sumbangan  tersebut boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu  pembaharuan dalam bidang pentadiran, pembaharuan dalam bidang social, dan pembaharuan  dalam  bidang  ekonomi.

PEMBAHARUAN  DALAM  BIDANG  PENTADBIRAN 
Pembentukan Majlis Syura
Khalifah Umar telah membentuk satu Majlis Syura yang merupakan lembaga atau majlis perunding yang tertinggi. Ianya terbahagi kepada dua iaitu Majlis Syura Tertinggi dan Majlis Syura Am. 
Anggota Majlis Syura Tertinggi ialah terdiri daripada Uthman b. Affan, Ali b. Abi Talib, Zaid b. Tsabit, Abdul Rahman b. Auf, Saad b. Abi Waqas dan Muaz b. Jabal. Semua pekara yang melibatkan masalah politik, keselamatan dan sosial negara akan dibincangkan bersama-sama dalam majlis tersebut. Majlis Syura ini juga bertanggungjawab menentukan polisi negara dalam soal pemerintahan dalaman dan hubungan luar. 
Melalui amalan sistem syura, Khalifah Umar dapat mengetahui apa-apa permasalahan yang berlaku kepada dalam semua segi. Beliau juga membuka peluang dan kebebasan yang seluas-luasnya kepada semua orang untuk mengemukakan fikiran dan pendapat mereka demi kebaikan dan keadilan Islam. Sehingga beliau menggangap semua manusia yang tidak mahu memberikan pendapat adalah manusia yang tidak berfaedah. 


 Memperbaharui undang-undang pentadbiran tanah 
Ia diperkenalkan apabila wilayah jajahan Islam semakin luas.Di Iraq, Syira dan Mesir misalnya, segala tanah awam adalah menjadi hak kerajaan tempatan dan segala hasil yang daripada tanah –tanah tersebut akan digunakan untuk membiayai kemudahan awam negara itu.Tanah-tanah yang dimiliki oleh penduduk Iraq tidak akan dirampas Cuma dikenakan cukai oleh kerajaan islamNamun tanah milik pemerintah Rom di Mesir dan Syria  telah dirampas  dan dibahagikan kepada para petani.
    Tentera atau umat islam tidak dibenarkan mengambil tanah-tanah di negara jajahan melainkan melalui pembelian.  Ini berbeza dengan amalan sebelum-sebelumnya dimana tanah jajahan akan dibahagikan  kepada para tentera yang menyertai peperangan

 Memperluaskan skop pengawasan dan pentadbiran
Khalifah Umar b. al-Khattab memperluas skop pengawasan terhadap pegawai-pegawai kerajaannya. Ini bermakna, pegawai-pegawai zaman Umar b. al-Khattab sentiasa berada di bawah pemerhatian atau pengawasan semua pihak. Khalifah Umar b. al-Khattab memperaktikkan beberapa kaedah bagi menjayakan sistem pengawasan pentadbirannya, antaranya:

i) Memastikan semua gabenor wilayah dan pegawai kanan kerajaan berada di Mekah pada musim haji. Di samping itu, mereka juga diberikan peringatan tentang bahaya rasuah, hadiah dan penyalahgunaan kuasa dalam pentadbiran. Rakyat seluruh negara dimaklumkan terlebih dahulu tentang pehimpunan tersebut. Individu yang bermasalah atau pernah dizalimi oleh pegawai-pegawai berkenaan. Dengan ini, semua pihak perlu berhati-hati dalam setiap tindakan dan perlakuan.

ii) Pegawai-pegawai yang bertugas di luar kawasan ibu negara Madinah tidak dibenarkan masuk ke ibu negara pada waktu malam kerana penyelewangan boleh berlaku pada waktu malam.

iii) Pegawai-pegawai kerajaan diwajibkan untuk membentangkan penyata harta milik mereka ketika mula bertugas, sedang bertugas dan ketika tamat perkhidmatan. Sumber-sumber harta yang bertambah tanpa bukti yang sah akan dirampas.

iv) Khalifah dan pembantu-pembantu menyusun pogram rondaan malam dan siang bagi mendapatkan maklumat yang jelas tentang kehidupan rakyat jelata. Mereka juga berusaha menangani dan menyelesaikannya dengan baik.

v) Bagi wilayah Islam yang berada jauh dari pusat pentadbiran, khalifah menugaskan ramai perisik untuk mendapatkan maklumat tertentu dan melaporkannya kepada ibu negara. Ini sebenarnya merupakan lanjutan polisi yang dijalankan oleh Rasulullah s.a.w dan Khalifah Abu Bakr iaitu memberikan kebebasan bertindak kepada gabenor wilayah dalam urusan yang khusus dan membataskan tindakan kepada urusan yang umum.

Pembahagian  wilayah-wilayah Islam
 Khalifah Umar telah membahagikan kerajaan Islam yang semakin luas  kepada beberapa wilayah demi  menjaga  kelincinan pemerintahan Islam. Wilayah-wilayah tersebut terdiri daripada:
1. Hijaz (berpusat di Makkah)
2. Syria/ Syam (berpusat di Damsyik)
3. Iran (berpusat di Basrah)
4. Iraq (berpusat di Kufah)
5. Mesir (berpusat di Fustat)
6. Palestin (berpusat di Jerusalem)
7. Jazirah/Mesopotamia (berpusat di Hims)
8. Madinah sebagai pusat pemerintahan Islam
Setiap wilayah terdapat beberapa pegawai untuk memastikan kelancaran pentadbiran,mereka yang dilantik dikehendaki datang ke Makkah pada setiap tahun untuk membuat laporan setelah menunaikan haji. Orang  ramai juga  diberikan peluang  untuk  mengadukan hal tentang  pegawai-pegawai yang  ditugaskan itu.
  Khalifah Umar al-Khattab dikatakan berkebolehan memilh pegawai-pegawai yang cekap bagi melincinkan jentera  pentadbiranya. Antara pegawai yang terkenal dalam pentadbirannya ialah  Muawiyah bin Abu Sufin, Amru bin Al- AS, Mughirah bin Shu’bah dan Zaid bin Sumyah.
Antara jawatan utama yang dilantik di setiap wilayah ialah:
1. Wali atau gabenor yang menjadi ketua pentadbiran awam dan panglima tentera.
2. Pengarah perbendaharaan (Sahib al-Bait-ul-Mal)
3. Pemungut cukai (Sahib al-kharaj)
4. Ketua Polis (Sahib al-Andath)
5. Hakim atau kadi
Sebelum seseorang gabenor itu dilantik mereka haruslah mengisyiharkan harta benda masing-masing demi mengelakkan amalan rasuah. Mereka juga disyaratkan supaya tidak menunggang kuda Turki atau memakai pakaian yang mahal.

Mengambil bekas golongan Riddah sebagai tentera Islam.
Pada zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, sebahagian dari wilayah Iraq, khususnya di bahagian selatan telah dikuasai oleh tentera Islam dan panglimanya pada waktu itu ialah Khalid b. al-Walid. Pada zaman Khalifah Abu Bakr al-Siddiq juga, bilangan tentera Islam yang terlibat dalam peperangan pembukaan wilayah tidaklah begitu ramai dan terhad pula kepada golongan yang tidak pernak murtad. Dengan terlantiknya Umar b. al-Khattab sebagai khalifah , beliau telah melantik panglimanya yang baru iaitu Abu ‘Ubayd b. Umar al-Thaqafi untuk meneruskan ekspidisi di Iraq. Peperangan pertama berlaku di Qarqas (al-Jisr) yang dikenali sebagai perang jambatan. Peperangan ini berlaku di sekitar jambatan yang merintangi sungai al-Furat. Sebelum peperangan, berlaku cabar-mencabar antara tentera Islam dn Parsi tentang siapa yang berani menyeberangi terlebih dahulu. Oleh sebab tersalah perhitungan, Abu ‘Ubayd telah memerintahkan tenteranya menyeberangi jambatan tersebut. Justeru itu, tenteranya telah mengalami kekalahan dan Abu ‘Ubayd serta tujuh orang pahlawan daripada suku Thaqif termasuk saudara dan anak Abu ‘Ubayd terkoban. Peristiwa ini berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke 13H/634M. Dengan kekalahan ini, bilangan tentera Islam mula berkurangan dan ada di kalangan mereka yang mula hilang pedoman. Atas sebab itu, Khalifah Umar b. al-Khattab telah membuat perubahan dasar dengan mengambil bekas golongan al-Riddah sebagai tentera baru Islam bagi menyertai peperangan. Ini adalah memandangkan bekas golongan al-Riddah mempunyai bilangan yang ramai dan untuk memperkukuhkan lagi kedudukan tentera Islam yang bilangannya agak terhad untuk menghadapi pihak musuh. Maka dengan ini, tiada lagi tindakan yang dikategorikan sebagai al-Riddah, diyakini bahawa golongan ini betul-betul menyesal dan mematuhi Ulil al-Amr .


 Memperbaharui bidang kehakiman

Pada masa pemerintahan Khalifah Abu Bakr al-Siddiq, beliau akan mencari ayat-ayat al-Quran untuk dijadikan panduan umum. Jika tiada beliau akan mendapatkan hadith atau al-sunnah dengan menanyakan kepada para sahabat terutama yang boleh dipercayai untuk dijadikan landasan hukum. Ini menunjukkan bahawa walaupun Khalifah Abu Bakr merupakan sahabat yang terdekat dengan Rasulullah s.a.w. dan seorang khalifah, ternyata beliau tidak berani melakukan ijtihad sebagaimana yang dilakukan oleh Khalifah Umar b. al-Khattab. Antara ijtihad yang telah dilakukan oleh Umar b. al-Khattab ialah beliau telah menambah jumlah sebatan ke atas peminum arak dari 40 sebatan kepada 80 sebatan. Pada masa Khalifah Umar b. al-Khattab beliau telah mengadakan penyerahan tugas kehakiman daripada khalifah kepada qadi.

Dalam bidang pentadbiran Khalifah Umar b. al-Khattab sentiasa memikirkan kaedah-kaedah yang terbaik serta mampu memberi keadilan kepada semua pihak. Pada masa pemerintahan beliau,banyak wilayah-wilayah baru dibuka dan empayar Islam meluas sehingga ke wilayah Rom dan Parsi. Orang-orang Arab telah bercampur dengan masyarakat bukan Arab dan timbul berbagai masalah baru yang perlu diselesaikan. Khalifah Umar b. al-Khattab merupakan orang yang pertama membuat pembaharuan dalam urusan kehakiman ; beliau melantik qadi sebagai ketua hakim di setiap daerah. Mereka berkuasa penuh terhadap melaksanakan tugas-tugasnya dengan adil tanpa dipengaruhi oleh pemimpin daerah. Dengan kata lain, qadi menjatuh hukuman tanpa memandang status, tidak kira samada seseorang itu berpangkat tinggi atau rendah, kaya atau miskin, bangsawan atau tidak. Umar tidak memberikan jawatan qadi kepada sebarang orang kecuali kepada mereka yang mampu dan cekap dalam bidang kehakiman. Syarat utama yang dijadikan pertimbangan ialah integriti peribadi seperti takwa, warak, adil, di samping kemampuan dan keluasan ilmu pengetahuan dan keterampilan dalam bidang kehakiman.


Pembaharuan pentadbiran ketenteraan

   Khalifah Umar adalah khalifah pertama yang memberikan gaji kepada tenteranya.  Tentera Islam telah dibahagikan   kepada 2 kategori iaitu tentera tetap dan tentera simpanan(sukarela). Tentera tetap diberikan gaji,, pakain seragam dan  keluarga mereka turut mendapat  bantuan. Pusat-pusat  ketenteraan telah ditubuhkan di Bandar-bandar  utama seperti Madinah,  Kufah, Basrah,  Monsul, Fustat, Hims dan sebagainya dan  tentera-tentera  dikenakan  peraturan  dan displin  tertentu yang  sesuai  dengan  ajaran  Islam.
   Pusat-pusat tentera ini kemudianya telah tumbuh  sebagai pusat kebudayaan Islam. Beliau telah mengarahkan Abdullah bin Qaisy untuk  membina  kubu-kubu pertahanan di sempadan yang mengadap negara musuh demi  keselamatan  kerajaan Islam. Tentera-tentera diwajibkan  menjalani latihan  ketenteraan seperti  menunggang kuda dan  berjalan kaki tanpa kasut  dan  tidak ddibenarkan melibatkan  diri dengan pertanian  di negara-negara jajahan.
   Tujuannya ialah  untuk  menanam semangat perjuangan pada setiap masa dan ketika dan mengelakkan  daripada  berlakunya tuduhan  dan anggapan yang  serong terhadap  orang-orang Islam oleh  penduduk tempatan. Semua  anggota  tentera  telah  dicatatkan  disenaraikan. Umar  juga  menubuhkan  jabatan  penyiasatan  jenayah  tentera  rahsia.





PEMBAHARUAN DALAM BIDANG SOSIAL

POLISI BARU UNTUK GOLONGAN DHIMMI
   Golongan Dhimmi ialah orang-orang  bukan Islam yang bernaung di bawah negara Islam dengan dikenakan cukai jizyah. Khalifah Umar telah  memperkenalkan  beberapa polisi ke atas  golongan  ini supaya  kedudukan  sosioekonomi dan  politik mereka tetap dijaga. Beliau telah menetapkan cukai  jizyah dan  cukai  tanah  yang  rendah kadarnya  supaya  tidak  menyusahkan mereka.
    Pernah  suatu  ketika  apabila  hasil cukai  tanah  sampai  dari Iraq, Khalifah Umar al-Khattab  telah menjemput  seramai  10 orang dhimi  dari kufah dan 10 orang lagi  dari Basrah supaya  mereka  bersumpah sebanyak 4 kali bahawa  cukai yang dikenakan itu  tidak menyusahkan mereka. Beliau akan meninjau  pandangan golongan ini terlebih dahulu  sebelum  melaksanakan  sesuatu  peraturan  yang berkaitan dengan mereka. 
  Taraf dan hak awam ke atas golongan ini  memberikan  sama seperti  yang dinikmati  oleh masyarakat Islam.  Golongan  Dhimi  yang masih  menentang  kerajaan Islam  akan dihalau  keluar  negara. Namun harta benda mereka  tidak akan  dirampas  manakala  harta  benda  yang  tidak boleh  dipindahkan  seperti  lading akan dibayar  ganti rugi oleh kerajaan Islam.

 Menetapkan awal tahun hijrah dan mempelbagai aktiviti pembangunan sosial.
Khalifah  Umar  b. al Khattab  merupakan  orang  yang  pertama  mengadakan  takwim  Islam berdasarkan  tahun  hijrah  iaitu  bermula  pada  tahun  1  Muharram  ( menyamai 16 Julai 622 Masihi).  Penubuhan  takwim  Islam  ini  dibuat  pada  tahun  17 hijrah,  tujuannya  adalah  bagi  memudahkan  urusan  pentadbiran  negara.  Beliau  telah  membuat  penetapan mengenai  awal  tahun  hijriyyah  yang  sebelum  ini  tidak  pernah  difikirkan  oleh  kaum muslimin.  Surat  menyurat  yang  diterima  oleh  Umar  b. al-Khattab  daripada  panglimanya lengkap  dengan  tanggal  hari,  bulan  tetapi  tanpa  tahunnya.  Umar  al-Kattab  meminta pendapat  para  sahabat  nabi  tentang  awal  tahun  hijriyyah.  Para  sahabat  berpendapat tahun  hijriyyah  itu  diawali  dengan  hijrahnya  Rasulullah  s.a.w.  dari  kota  Mekah  ke  kota  Madinah.  Dengan  ini  Umar  b. al-Khattab  merupakan  orang  yang  pertama menetapkan  calendar  tahun  hijrah 


Dalam  usaha  meningkatkan  kehidupan  rakyat  pula,  khalifah  Umar b. Al-Khattab  telah mengadakan  pelbagai  kemudahan  awam.  Beliau  telah  membina  jalanraya,  taliair, empangan  seperti  empangan  Abi  Musa  dan  empangan  Amirul  Mukminin,  jambatan dan rumah-rumah  persinggahan  untuk  pelawat.  Beliau  juga  telah  mengadakan  perkhidmatan pos  dan  mengadakan  matawang  sendiri  yang  diperbuat  daripada logam.  Khalifah Umar b. al-Khatab  turut  membina  bandar-bandar  tentera (masalih)  seperti  bandar  kufah, Basrah,  Damsyik  dan  Fustat. Bandar-bandar  ini  dijadikan  pusat-pusat  penempatan  atau kem  tentera  didirikan  bertujuan  untuk  mengawal  sempadan  wilayah-wilayah  yang ditakluki  dari  bandar-bandar  tersebut.  Di  tengah  bandar-bandar  tersebut  didirikan  pula masjid-masjid  sebagai  tempat  beribadat  dan  pusat  penyatuan  masyarakat  Islam.  Dengan ini,  segala  usaha  pembangunan  social  yang  dilakukan  oleh  Khalifah  Umar  b. al Khattab adalah  untuk  kepentingan   dan  keselesaan  rakyat  jelata  yang  sebelum  ini  belum  pernah menikmati  kemudahan-kemudahan  seperti  yang  pernah  disumbangkan  oleh  beliau .

Memperbaharui taraf kedudukan hamba
   Beberapa  pembaharuan juga dilakukan untuk  menjaga  kepentingan  social, taraf  dan  kedudukan  golongan  hamba dalam  masyarakat.  Ini  bertujuan  supaya  mereka  tidak  dihina  atau ditindas.  Hanya  orang-orang  yang  benar-benar  terlibat  menentang Islam  dalam  peperangan  sahaja  akan  dijadikan  hamba.  Ini  bermakna  penduduk  awam  dalam  negara yang  dijajah  akan  terus  dibenarkan  hidup  bebas.
  Hamba  perempuan yang  menjdi ibu  pula tidak  boleh  dijual  beli sewenang-wenangnya  seperti  hamba-hamba  yang  lain.  Hamba yang  berkeluarga  tidak  boleh  dipisahkan  dari  anggota keluarganya  yang  lain.  Oleh itu  hamba  yang  berkeluarga  mestilah  dibeli  atau  dijual  bersama-sama  dengan  anggota  keluarganya.
Taraf golongan hamba juga disamakan dengan tuannya dalam apa-apa hal tertentu, pegawai-pegawai yang tidak menghormati dan menjaga hal kebajikan hamba akan dikenakan tindakan oleh Khalifah Umar. Sebagai contoh, Umar pernah melucutkan jawatan seorang pegawainya yang tidak menziarahi pekerjanya yang sakit.

Mengalakkan kegiatan keilmuan dan pelajaran 
   Khalifah Umar  amat  menggalakkan  kemajuan  ilmu  pengetahuaan  dan  pendidikan.  Pelbagai  langkah  telah  dijalankan  untuk  mengembangkan  al-Quran.  Guru-guru  telah  disediakan  bagi  mengajar  pelbagai  ilmu  berhubung  dengan  keimanan  dan  dihantar  ke  serata  tempat  yang  memerlukan  dan  diberikan  gaji  lumayan.  Sekolah-sekolah  telah  ditubuhkan  di masjid-masjid  untuk  diajar  pelajaran  al-Quran  di seluruh  wilayah  Islam.  Abu Sufian  misalnya  pernah  dilantik  untuk  mengajar  kaum  Badwi  dalam  usaha  untuk  menguji  pengetahuan  mereka  tentang  al-Quran.
  Umat  Islam  telah  diwajibkan  untuk  menghafal  surah-surah  tertentu  dalam  al-Quran  yang  menghuraikan  prinsip-prinsip  utama  ajaran  Islam  seperti  Surah  al-Baqarah,  an-Nisa,  al-Ma’idah,  al-Hajj  dan  an-Nur.  Golongan  yang  menghafal  seluruh  isi  kandungan   al-Quran  diberikan  pelbagai  ganjaran  sebagai  satu  usaha  untuk  menggalakkan  mereka   menghafal  seluruh  isi kandunagn  al-Quran   diberikan  pelbagai  ganjaran  sebagai  satu  usaha  untuk  mengahafal  kandungan al-Quran.


Kemudahan-kemudahan  lain

   Tidak  pernah  terdapat  penjara  di  Tanah  Arab.  Oleh  itu,  Khalifah Umar  telah  membeli lima  buah  rumah  di  Makkah  dan  dijadikkan  sebagai  penjara.  Penjara-penjara  yang  baik  juga  dibina  diwilayah-wilayah  lain.
    Hukuman  buang  daerah  telah  diperkenalkan  oleh  Khalifah  Umar al-Khattab  di  mana  beliau  telah  menjatuhkan  hukuman  buang  daerah  ke  sebuah  pulau  ke  atas  Abu  Mihjan  Thaqafi  kerana  bersalah  meminum  arak.  Beliau  turut  membangungkan  kota-kota  baru  seperti  Basrah,  Kufah,  Fustat  dan  Mausil.
     Basrah  di  Iraq  dibina  dalam  tahun  14 Hijrah.  Penduduk  asalnya  berjumlah  seramai  800  orang  tetapi  telah  meningkat  kepada  100 000  orang.  Dalam   zaman  Kerajaan  Umayyah, ia  mempunyai  penduduk  seramai  120 000  orang.  Kufah  di Iran  mempunyai  penduduk  asal  seramai  40  000  orang.
    Khalifah  Umar  menunjukkan  minatnya  kepada  pembinaan  kota  ini  dengan  menyediakan  sendiri  sebahagian  daripada  pelan  dan  peta  kota  itu.  Jalan  raya yang  dibina  adalah  seluas  60  kaki  dan  masjid  negerinya  boleh  memuatkan  seramai  40  000 orang  Jemaah.  Khalifah  Umar  pernah  menggelarkan  kota  tersebut  sebagai  Rasulul-Islam  atau  Pusat  Islam.  Fustat  di  Mesir  dibina  oleh  Amru  bin  al-As  di  atas  arahan  Khalifah  Umar.  Kota  ini  dianggap  sebagai  kota  Islam  yang  paling  indah  selepas  kota  Baghad.
Khalifah  Umar  telah  adalah  khalifah  yang  pertama  memperkenalkan  pasukan  polis  dan  digelar Ahdath.  Abu  Hurairah  pernah  dilantik  sebagai  Ketua  Polis di  Bahrain.
Khalifah  Umar  telah  membina  banyak  masjid  dan  memerintahkan  gabenor-gabenor  Islam  supaya  membina  sekurang-kurangnya  sebuah  masjid di  setiap  Bandar.  Di  Kufah,  sebuah  masjid  didirikan  untuk  setiap  kaum.
   Ahli  sejarah  berpendapat  bahawa  Khalifah  Umar  telah  membina  sebanyak  4 000  buah  masjid.  Beliau   juga  membesarkan  Masjid  Nabawi  di  Madinah  dan  Masjid al-Haram  di  Makkah  dan  menggantikan  selimut  bangunan  Kaabah  dengan  kain  Mesir  yang  mahal.
  Beliau  juga  mengarahkan  pembinaan  pejabat-pejabat  Baitul-Mal  di  seluruh  wilayah Islam.  Pembinaan  ini   diselenggarakan  oleh  bangsa  Parsi  bernama  Rozbah  yang  menggunakan   simen  yang  sama   seperti  dalam  pembinaan  istana-istana  Maharaja  Parsi.  Rumah-rumah  rehat  untuk  pengembara  turut  dibina.  Beliau  juga  membina  jalan-jalan  raya  dan  jambatan.  Jalan  yang  dibina   menghubungkan  Makkah  dengan  Madinah  telah  dilebarkan  lagi  dan  di  sepanjang  jalan  tersebut  telah  didirikan  rumah-rumah  rehat  dan  balai polis.





PEMBAHARUAN  DALAM  BIDANG  EKONOMI

Mengemaskini kadar pemberian al-Ata’
Pada zaman Abu Bakar al-Siddiq, semua orang yang memperoleh elaun daripada kerajaan iaitu al-‘Ata mendapat kadar yang sama. Abu Bakr pernah diberikan cadangan supaya mempelbagaikan jumlah pemberiannya tapi ditolaknya. Kata beliau: “ Mereka berlebih kurang di sisi Allah. Akan tetapi, dalam soal elaun ini elok jika mereka mendapat kadar yang sama”. Dasar ini telah dilanjutkan sehingga akhir zaman pemerintahannya. Pada zaman pemerintahan Umar al-Khattab, apabila penaklukan Islam menghasilkan harta yang banyak, beliau mengubah kaedah pembahagian elaun dan tidak lagi menurut dasar yang telah dilakukan sebelumnya. Kata beliau: Patut ada perbezaan antara orang yang pernah memerangi Rasulullah s.a.w. dan orang yang pernah berperang dengan baginda”. Orang ramai mesti dikelaskan dalam penerimaan elaun berdasarkan kedudukan mereka berhubung Rasulullah s.a.w. Apa yang dijelaskan, Abu Bakr melihat setiap muslim seperti adik beradik. Mereka perlu mendapat bahagian yang sama daripada pusaka peninggalan bapa yang mereka warisi .

Dalam hal ini, perbezaan kedudukan dan komitmen terhadap agama tidak diambil kira. Sementara Umar pula melihat perbezaan itu perlu diambil kira. Beliau menekankan soal senioriti sebagai asas perbezaan. Malah, apa yang dikehendaki oleh Umar ialah persamaan dalam erti kata yang sebenar. Ini kerana, tidak semestinya persamaan tersebut memberi maksud bahawa semua orang perlu mendapat kadar yang sama. Sebaliknya, setiap orang perlu mendapat kadar yang sesuai dengan sumbangannya sendiri. Umar sendiri pernah menegaskan apabila perubahan itu dilakukan oleh beliau katanya: ”Demi Allah, Ibn al-Khattab tidak bermaksud dengan perubahan ini kecuali keadilan dan kesamarataan” .





Tidak membahagikan harta rampasan perang ( ghanimah) kepada tentera
Pada zaman pemerintahan Umar b. al-Khattab, wilayah kekuasaan Islam sangat luas meliputi daerah Sham, Persia, Mesir, dan Iraq. Sewaktu negeri-negeri ini ditakluki, tanah pertanian termasuk tanah pertanian di Iraq dapat dikuasai oleh tentera Islam dan menjadi harta rampasan perang. Ketika itulah Umar b. al-Khattab mengirim surat kepada tentera Islam di Iraq mengatakan bahawa beliau tidak akan membahagikan harta rampasan perang khususnya yang tidak bergerak seperti tanah pertanian atau sawah kepada anggota tentera Islam sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. sebelum ini. Umar b. al-Khattab pada dasarnya ingin agar tanah pertanian yang dapat dirampas itu tetap dikerjakan oleh pemilik sebelumnya, kerana mereka dianggap menguasai hal-hal yang berkaitan dengan perlaksanaan dan pengolahan tanah pertanian. Manakala harta rampasan yang bergerak pula , Umar b. al-Khattab melaksanakan hukum seperti amalan yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.aw. sebelum ini iaitu dengan mengambil seperlima daripada harta itu dan membahagikan empat perlima yang lainnya kepada anggota tentera yang terlibat dalam peperangan.

Kebijaksanaan Umar b. al-Khattab yang tidak mengagihkan harta ghanimah berupa tanah pertanian kepada anggota tentera kaum Muslimin, nampaknya dilatarbelakangi oleh pertimbangan tertentu. Umar b. al-Khattab bermaksud mendahulukan kepentingan umum yang menyeluruh berbanding kepentingan peribadi, suku, atau golongan. Sehubungan dengan ini diterangkan seperti berikut: Keputusan ini didasarkan kepada: Pertama, akan menghalangi perjuangan mereka, kedua, akan memerosotkan kuantiti produk pertanian kerana mereka kurang berpengalaman dalam bidang pertanian, dan ketiga, menyebabkan timbul kasta baru dalam masyarakat, iaitu golongan tuan rumah yang menjalankan praktis monopoli serta akan menjadikan golongan lain menjadi penganggur dan hidup tersisa, dan menghalangi generasi muda, sebagai generasi penerus untuk mendapatkan hak dan mata pencarian mereka.

Dilihat dari keterangan ini, kebijaksanaan Khalifah Umar b. al-Khattab untuk tidak mengagihkan tanah pertanian rampasan perang nampaknya mempunyai alasan yang rasional iaitu demi kepentingan masa depan umat Islam yang lebih baik dan lebih banyak. Jika Rasulullah s.a.w. membahagikan kepada orang-orang Muslim harta rampasan perang yang terdiri daripada tanah pertanian pada masa itu sesuai dengan situasi yang ada, khususnya untuk memperbaiki nasib orang-orang miskin Muhajirin dari Mekah yang diusir dari tempat kediaman dan harta kekayaan mereka. Dan jika Umar b. al-Khattab tidak membahagi-bahagikannya, maka itu adalah kerana pertimbangan ekonomi kaum Muslimin di masa akan datang yang juga merupakan kemaslahatan. Selain itu, keadaan tentera di masa Khalifah Umar al-Khattab memerintah baik kedudukannya dibanding dengan tentera pada masa Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakr al-Siddiq. Ini kerana tentera pada masa Umar b. al-khattab telah mendapat gaji tetap tidak seperti pada masa Rasulullah s.a.w dan Abu Bakr al-Siddiq.


Memajukan  sector  pertaniaan

Khalifah  Umaral-Khattab  telah  membina  tali  air  dan  terusan  supaya  hasil  pertaniaan  bertambah. Antaranya  ialah  Terusan  Amirul-Mukminin  di  Mesir  yang  menghubungkan  Sungai  Nil  dengan  Laut  Merah  sepanjang  111  km  dari  Bandar  Fustat.  Di  Iraq  pula  telah  dibina  Empangan  Abu  Musa  yang  menyambungkan  Sungai  Dujlah (Tigris)  dengan  bandar  Basrah.
   Satu  kaji  selidik  tanah  dilaksanakn  di  Iraq  untuk  memudahkan  penaktasiran  cukai  dan  menemukan  jenis   tanaman  untuk  pertanian.  Tugas   ini  diketuai  oleh  Osman bin  Haniff  dan  Huzaifah  al-Yaman.  Rakyat  juga  digalakkan  untuk  membuka  tanah-tanah  pertaniaan  dan  akan  dikenakan  syarat  bahawa  hak  milik  ke  atas  tanah  tersebut  akan  ditarik  balik  sekiranya  gagal  menampakkan  hasil  dalam  masa  3  tahun.

Sistem  cukai
Khalifah  Umar  telah  menubuhkan  Baitul-Mal  untuk  menyimpan  harta  dan  khazanah  kerajaan.  Sumber  utama  kewangan  negara  dikutip  daripada  orang  Islam  melalui  zakat  dan  usyur(zakat tanaman).  Cukainya  ialah 1/10  jika  menggunakan air  hujan  dan  1/20  jika  menggunakan  tenaga.  Daripada  orang  bukan  Islam  pula  cukai  diperolehi  melalui  jizyah  dan  kharaj(cukai  tanah).  Baitul-Mal  juga  memperolehi  hasilnya  daripada  al-Fai  iaitu  harta-harta  rampasan  dari  pihak  musuh  tanpa peperangan  dan  ghanimah  iaitu  harta-harta  rampasan  peperang.
SISTEM  SYURA  KHALIFAH  UMAR AL-KHATTAB
  Khalifah  Umar  bin al-Khattab  pernah  berkata  “tiada  khaliffah melainkan  dengan  mesyuarah”.  Ini  menggambarkan  bahawa  setiap kepimpinan  itu  mestilah  membawa  konsep  mesyuarat  atau  demokrasi.  Pemerintahan  Khalifah  Umar  jelas  menampakkan  kebenaaran  kata-kata ini  dalam  konteks  pemerintahan  dan  proses  politik  yang  berlaku  pada  zamanya.


Majlis Syura pada zaman khalifah Umar al-Khattab
  Majlis syura adalah  sebuah  badan  mesyuarat  atau  badan  perunding  peringkat  negara  yang  ditubuhkan  oleh  Khalifah  Umar  al-Khattab.  Pembentukan  majlis  ini  dianggap  sebagai  salah  satu  ciri  penting  keadilan  pemerintahan  Khalifah Umar.  Ini disasarkan  kepada  ajaran-ajaran  al-Quran  dan as-Sunnah.  Majlis  Syura  yang  ditubuhkan  oleh  Khalifah  Umar  terbahagi  kepada dua iaitu  Majlis Syura  Tertinggi  dan  Majlis  Syura  Am
  Anggota  Majlis Syura  Tertinggi  Khalifah Umar  al-Khattab  terdiri  daripada   Uthman  bin  Affan,  Ali  bin  Abu  Talib, Zaid  bin  Thabit,  Abdul  Rahman  Auf,  Saad  Abi  Waqqas  dan  Muaz  bin  Jabal.
     Semua  perkara  penting  yang  melibatkan  masalah   politik,  keselamatan  dan  social  negara  akan  dibincangkan bersama-sama  dalam  majlis  tersebut.  Majlis  Syura  juga   bertanggungjawab  menentukan  polisi  negara   dalam  soal pemerintahan  dalaman  dan  hubungan  luar.  Majlis  ini  juga   bertanggungjawab  meneliti  semua  masalah  umat  dan  negara  Islam  yang  tidak  diterangkan  dalam  al-Quran  atau  Sunnah  Nabi(Hadis Nabi).
   Melalui  amalan  sistem  syura ini,  Khalifah  Umar  telah  membuka  peluang  dan  kebebasan  yang  seluas-luasnya  kepada  semua  orang  untuk  mengemukakan  fikiran  dan  pendapat  mereka  demi  kebaikan  dan  keadilan  Islam,  sehingga  beliau  mengaggap  bahawa  manusia  yang  tidak  dapat  atau  tidak  mahu  memberikan  pendapat  adalah  manusia  yang  tidak  berfaedah.
   Khalifah  sendiri  memengang  kuasa  tertinggi  dalam  negara  perlu  tunduk  dan  mematuhi  apa  sahaja  keputusan  yang  perlu  dibuat  oleh  Majlis  Tertinggi  Syura, walaupon  beliau  boleh  menolak  keputusan tersebut.

Pemerintahan Khalifah Umar adalah berasaskan  sistem  syura
  KhalifahUmar  sangat  sedar  bahawa  segala  masalah  dan  urusan  pemerintahan  negara  Islam  adalah  juga  masalah  dan  kepentingan  umat  seluruhnya. Oleh  kerana  itulah  beliau  tidak  ingin  memulakan  sesuatu  langkah  melalui  keputusannya  sendirian.  Kerana  itulah  beliau  juga  melafazkan  kata-kata  yang  terkenal  iaitu  “tiada  khalifah  melainkan  dengan  mesyuarah”.  Terdapat  banyak  bukti  bahawa   proses  pemerintahan  Khalifah  Umar  adalah  benar-benar  didasarkan kepada  konsep  syura.  Antaranya:
1. Khalifah  Umar  sentiasa  berunding  dengan  para  sahabatnya  yang  utama  dalam  menjalankan  tugas  pemerintahan.  Beliau  cuba  mengelakkan  daripada  membuat  sesuatu  keputusan  secara  bersendiriaan  dengan  sewenangnya-wenangnya.  Ini  kerana  beliau  menyedari  bahawa  segala  urusan  dan  masalah  pemerintahan  negara  adalah  masalah  dan  kepentingan   seluruh  umat  Islam.  Oleh  itu  penubuhan  Majlis  Syura  adalah  selaras  dengan  dasar  yang  dipegangnya  itu.
2. Pentabdiran  negara  Islam  berpusat  di  Madinah  di mana  Khalifah  Umar al-Khattab  menjadi  ketua  negara.Beliau  dibantu  oleh  sesebuah  badan  yang  dinamakan  Majlis Tertinggi  yang  dianggotai  oleh  pemimppin-peminpin yang  mewakili  semua  peringkat  golonngan  iaitu  golongan  Ansar  dan  golongan  Muhajirin.  Cara-cara  sesuatu  keputusan  dibuat  di dalam  Majlis   syura  adalah  mengikut  suara   majority  dari  anggota-anggotanya.  Jika  sebahagian  besar  anggotanya  tidak  bersetuju  dengan  sesuatu  perkara  maka  perkara  tersebut  tidak  boleh  dilaksanakan.
Misalnya,  Khalifah  Umar  pernah  bercadang  untuk  memimpin  sendiri  tentera ke Parsi setelah  Panglima  Mathna  meminta  bantuan.  Namun  Majlis  Syura  menetangnya.  Oleh  itu  Panglima  Saad Adi  Waqqas  dihantar untuk mengetuai pasukan  pembantu  ke Parsi.



     Contoh   lain  pulak  ialah  pada  tahun  21  Hijrah, sekali  lagi  Khalifah   Umar  bercadang  untuk  memimpin  tentera  ke  medan  perang  Nahrawan  bagi  menentang  Parsi.  Sekalai  lagi  cadangan  beliau  ditolak  oleh  Majlis  Syura  kerana  khuatir  tentang  keselamantan  beliau.  Kali  pertama  Khalifah  Umar  keluar  dari  kota  Madinah  semasa  menjadi  Khalifah  ialah  apabila  Majlis   syura  membenarkan  beliau  pergi ke baitulmaqdis  untuk  membuat  perdamaian  dengan  penduduk disana.

3. Khalifah  Umar  akan  terlebih  dahulu  bermesyuarat  dalam  Majlis  Syura  sebelum  melantik pegawai-pegawai  utama  disesebuah  wilayah  seperti  jawatan  gabeenor, pegawai perbendaharaan,  kadi  atau  pegawai  polis.  Ini  bertujuan  untuk  memastikan  bahawa  pegawai-pegawai  yang  bakal  dilantik  itu  benar-benar  berkebolehan.
4. Khalifah  Umar  sentiasa  menegaskan  bahawa  pemerintahan  dan penyusunann   masyarakat  Islam  mestilah  secara  syura.  Ini  kerana  melalui  sistem  syura  sahajalah  pemerintahan  akan  dapat  berjalan  dengan  baik  dan  keadilan  akan  dapat  dirasai  oleh  masyarakat. Ini  seterusnya  akan  menghasilkan  masyarakat  yang aman  dan  tenteram.
5. Setelah  beliau  ditikam  oleh  seorang  pemuda  Parsi,  beliau  masih  sempat  melantik  suatu  bentuk  lujnah atau jawatankuasa  yang  terdiri daripada  enam  orang  sahabat  untuk  memilih  salah  seorang  daripada  mereka  sebagai pegantinya kelak. Ini mengambarkan  bahawa  khalifah  Umar  akan  dapat  mengekalkan  ciri-ciri  permesyuaratan  walaupon  pada  wasiat terakhirnya.  




KESIMPULAN

 Khalifah Umar al-Khattab adalah sesorang  pentadbir yang amat cekap  dan bijak  serta  banyak  melaksanakan pembaharuan  dalam  pentadbiran negara Islam.  Dalam  zaman  pemerintahannya,  beliau  berjaya  memperluaskan  wilayah Islam  dan  membebaskan  rakyat yang  ditindas  oleh  penjajahan Parsi  dan  Rom.  Professor K. Ali  menganggapnya  sebagai  contoh  pemimpin  Islam  yang  unggul  dalam  seluruh  sejarah  Islam  pemerintahanya dianggap sebagai  Zaman  Keemasan Kerajaan Islam.  Beliau  telah memperkenalkan sebanyak 41 buah  pembaharuan  berdasarkan  al-Quran dan  Hadis digelarkan  Awliat –i-‘Umar.













Friday, 8 February 2013

Random but best song from unknown part 2

pernah dengar orang cover lagu dak???
 yang paling best skali pernah dak dengar orang negara lain cover lagu melayu dengan best..kalau tax pernah try dengar keesamus ... mula2 kawan la yg habaq pasai dia ni.. erm.. best gak sora dia..enjoy (^_^)


G.

MerApu

erm... dah lama tax online sem ni..mungkin sebab "banyak" keja kot..hahhahha
  keja la sangat kan..  masa pon dah semakin dekat sebab nak Li.. tempat pon dalam pemantawan la...
 pilihan 1 utk Li-Gamuda group... tapi nak apply utk projek double track railway.. tapi macam dah taxda harapan ja.. sebab benda tu pon dah nak siap..kalau nak apply gak utk company tu.. mungkin dapat utk project penang yg ke 2.. tapi penang masalah utama.. TEMPAT TINGGAL.. susah kot nak cari rumah sewa yg bajet kat sana dah la nak kena duduk 6 bulan kot...
pilihan no. 2 TK Holding@ consultant taxtau la sebab tax ingat nama penuh syarikat tu..hahahha
dengaq dari senior yg dah pi Li kat situ ..macam best ja..pastu siap dapat elaun 400 tiap2 bulan..walaupon pon sikit tapi berbaloi la.. sebab kena masuk site.. bukan buat keja dlm pejabat..lagi elok dari USIMA.. dah la kena masuk site pastu elaun pon 10 ringgit ja seminggu... lepas buat duit minyak ja...
no.3 atau last ..  JKR @ Pembandaran@ Pejabat tanah..
 govement jadi last choice sebab mostnya taxda projek..menang la nampak best tapi nak tulis apa dalam buku report Li... nak tulis dok goyang kaki ngn main Fb kat pejabat... fuhhh.. jemmm kot...

Dan ..la ni dalam cuti sem 1 minggu.....

tapi cuti dgn keja yang bertimbun... masa..masa...masa...masa..
rasa2 macam tax cukup ja...huhuhuhu

G.

Thursday, 7 February 2013

Wednesday, 23 January 2013

Zero Alasan

Orang yg ada seribu alasan sampai mati pon dia tidakkan berjaya,,,
       Persepsi negatif adalah halangan untuk  kesemua kejayaan yang ingin dicapai. Jika kita negatif kepada apa yang kita ingin buat, maka negatiflah hasilnya.
Sampai bila2 pon kita akan ada di tampok yang lama.Jika keliru dengan apa yang ingin dilakukan,ingatlah tidak akan ada kekuatiran dan kesedihan bagi siapa saja yang menyandarkan dirinya kepada ALLAH. Ini adalah sebuah jaminan Maha Terpercaya tidak perlu ragu-ragu..

G.

Monday, 14 January 2013

The stage ..

fasa2 mesti pernah lalui benda2 ni kan...

apa yg ada dlm video ni boleh gak dikatakan betoi..

so what are your stage??
THE ESCAPE

Promise

How true do you hold on to your words?


by DanKhooProudction

Friday, 4 January 2013

Ferns- Hey ok

salah satu dari mv yg aku minat..



p/s- kuatkan sikit volume

G.

Monday, 24 December 2012

2012 yg bermakna

tahun 2012..
adalah ytahun yg boleh dikatakan yg paling bermakna dalm hidup aku buat masa skarang ni..
banyak benda yg jadi dlm tahun ni.. ada diantaranya boleh ubah masa depan aku... ada yg jumpa org2 baru.. dan meskipon ada juga yg dah taxda ... tapi apa kan daya semua tu takdir ...

PILIHAN
meskipon pada awal tahun ni aku rasa macam nak masuk balik form 6.. tapi kalau boleh di bagi mesin masa doremon tu kat aku ut pergi masa silam..memang aku taxkan ubah apa2 pon...
meskipon pada mulanya kena paksa tapi lama2 jadi suka pulak kan...time tu la aku rasa banyak benda yg aku belajaq.. mestipon most dari tu tax formal langsung..

MEET SOME AND LOSS SOME
tahun ni aku tax sangka la ramai yg aku kenai dah taxda kat dunia ni.. meskipon kenal tax sampai setahun...
aku ingat lagi kawan aku yg mula2 taxda tapi tu masa aku form 3... masa tu mungkin aku tax berapa rasa lagi  mungkin sebab kurang matang dan tax pikiq sangat masa depan yg mendatang...
dan tahun ni juga la.. dan aku juga dapat pengajarann yg utama jangan terlalu percaya kepada seseorang..
meskipon kita rasa dia la segala2nya.. tapi kita kena ingat .. manusia boleh berubah..

aku rasa macam nak list benda yg aku dah buat tahun ni ngn benda yg aku nak buat tapitax tercapai..
dah mungkin buat azam tahun baru kot..(tapi rasa2 nak sambung azam tahun lepas ja)...
apa2 pon.. keep think positive and keep your head up  :)

G.