IT HARD TO DO IT, MORE THAN YOU CAN TELL ABOUT IT
Friday, 29 March 2013
Thursday, 28 March 2013
CITA-CITA
semua orang ada cita2 masing-masing... adakalanya ia berubah-ubah mengikut minat ssesorang pada satu2 tempoh masa dan adakalanya disebbkan oleh faktor-faktor lain...
erm.... dimana nak mula naa...
pertama sakali aku tulis post ni disebabkan aku tax boleh lena ...jadi kalau ada apa2 yg melalut atau merapu aku minta maaf awai2 la..hahha
ok berbalik pada "cita-cita" aku mula ada cita-cita masa form 1 *true story....
masa time tu cita2 nak jadi DOKTOR..hahahaha salah satu cita2 yg common dikalang kanak2 tidak "dewasa"
erm.... dimana nak mula naa...
pertama sakali aku tulis post ni disebabkan aku tax boleh lena ...jadi kalau ada apa2 yg melalut atau merapu aku minta maaf awai2 la..hahha
ok berbalik pada "cita-cita" aku mula ada cita-cita masa form 1 *true story....
masa time tu cita2 nak jadi DOKTOR..hahahaha salah satu cita2 yg common dikalang kanak2 tidak "dewasa"
ermm...lepastu cita2 aku tetap sama until la form 3 bila aku tengok CSI ngn NCIS mula dari ni la aku mula minat bidang forensik ....tapi aku ada tengok satu dokumentari pasai forensik ni...keja ni tax la segelemor apa yg digembar gemburkan..huhuhu... mustahil nak selesaikan satu2 kes dalam masa yg singkat..
masa form 4 pulak...aku ada sangkut dengan cita MENTALIST pula..maasa tu aku minat nak jadi macam JANE..huhu
tapi cita tu serius best... dia boleh buat deduksi sebelum org lain tau..
ermm... time2 "kurang" matang ni cita2 aku terjerumus kearah tv ja...
then..mula la form 6 masa aku dapat Dip Seni Bina architectural ...mula2 rasa best..tapi bila dah ambik boleh terasa "best"nya yg amat -_-''... tax minat kot
tambah2 kelas drafting....jemmm pala..
pastu aku tukaq la kos kepada yg lebih "senang" ... CIVIL ENGINEERING....
masa ni rasa best la org tanya nnanti nak jadi apa?.. boleh la kata nak jadi enginer ..
tapi lagi payah kot...
ermmm apa2 pon cita2 boleh berubah2 dari masa ke semasa jadi terus la berfikiran positive sbb apa yg anda belajaq tax semestinya akan jadi kerjaya yg anda idam-idamkan selama ni..namun minat boleh dipupuk...
THINK POSITIVE ^___^
G.
Labels:
cerita,
motivasi diri,
pengalaman
Thursday, 7 March 2013
PENCAPAIAN KEMAJUAN DAN PERKEMBANGANNYA PADA ZAMAN SAIDINA UMAR- AL KHATTAB
PENGENALAN
Umar bin al-Khattab bin Naufal bin Abdul Uzza bin
Rabah bin Abdullah bin Qarth bin Rabah Adi bin Kaab dilahirkan pada
583 Masihi daripada Bani Adi iaitu salah satu bani dalam kabilah Quraisy
yang dipandang mulia, megah dan
berkedudukan tinggi.
Pada
zaman jahiliyah, beliau menjadi seorang saudagar dan duta kaum Quraisy
sekiranya timbul peristiwa penting antara kabilah Quraisy dengan suku-suku Arab yang lain. “Umar adalah
seorang yang berani, mempunyai ketabahan dan kehendak yang kuat , dan
tidak mengenal rasa takut dan ragu.
Beliau terkenal sebagai seorang pemidato.
Setelah
memeluk Islam, beliau digelar al-Faruq kerana umat Islam
mendapat semangat baru hingga
berani mengamalkan ajaran Islam
secara terang-terangan. Ini
kerana berita pengislamannya menyebabkan ramai umat Islam
yang sedang berada di
Habsyah telah balik semula ke Makkah kerana
gembira dengan berita
tersebut. Al- Faruq bermakna orang
yang membezakan yang hak dengan
bathil.
Nabi Muhammad (saw) memberikan gelaran ini kepadanya setelah beliau
membawa sekumpulan umat
Islam untuk bersembahyang di hadapan
Kaabah secara terbuka
untuk pertama kali dalam sejarah
Islam. Saidina ‘Umar sendiri menjaga mereka daripada
ganguan kaum Quraisy. Nabi
Muhammad (saw) juga
menggelarkannya sebagai Abu
Hafs kerana kegagahannya.
Sebelum memeluk Islam,
beliau amat ditakuti
oleh umat Islam sehingga
Nabi Muhammad(saw) sendiri
memohon perlindungan daripada
Allah supaya diislamkan
salah seorang daripada
dua orang ‘Umar, iaitu ‘Umar Ibn
Hisyam (Abu Jahal) dan ‘Umar
al-Khattab. Beliau sanggup
menyahut seruan pemimpin
Quraisy untuk membunuh
Nabi Muhammad (saw) dalam
tahun keenam kerasulan
baginda. Namun dalam
perjalanan menuju ke rumah Nabi
Muhammad (saw), beliau
telah singgah di rumah
adiknya dan memeluk
islam setelah membaca
sepotong ayat daripada Surah Taha yang bermaksud :
Sesungguhnya
Aku ini adalah Allah, dan tidak ada Tuhan selain Aku,
maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati-ku
Beliau
menjadi khalifah yang kedua
setelah dipilih oleh Khalifah Abu Bakar as-Siddiq. Beliau juga
adalah khalifah yang pertama yang digelar sebagai
Amirul-Mukminin. Menurut Abdullah bin Mas’ud, pengislaman ‘Umar adalah satu
kemenangan, hijrahnya ke
Madinah adalah satu pertolongan dan pemerintahanya adalah satu rahmat.
Setelah
cadangan Khalifah Abu Bakar as- Siddiq mendapat satu persetujuaan penuh
daripada kalanagan sahabat dan
orang ramai, Saidina Uthman
menuliskan surat perlantikan
tersebut dan diisytiharkan
sendiri oleh Khalifah Abu Bakar as-Siddiq pada 13 Ogos
634 Masihi atau 22 Jamadil
– Akhir 13 Hijrah.
Meskipon tempoh beliau memerintah adalah
singkat iaitu hampir 10 tahun 634-644
Masihi. Sepanjang tempoh itu pelbagai perubahan dan pembagunan yang telah dilakukan untuk rakyat
negaranya.
PENCAPAIAN
KEMAJUAN DAN PERKEMBANGANNYA PADA ZAMAN SAIDINA UMAR- AL KHATTAB
Sepanjang pemerintahannya Saidina Umar Al-Khattab telah menyumbangkan pelbagai sumbangan besar untuk pembagunan negara. Sumbangan – sumbangan tersebut boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu pembaharuan dalam bidang pentadiran, pembaharuan dalam bidang social, dan pembaharuan dalam bidang ekonomi.
PEMBAHARUAN DALAM BIDANG PENTADBIRAN
Pembentukan Majlis Syura
Khalifah Umar telah membentuk satu Majlis Syura yang merupakan lembaga atau majlis perunding yang tertinggi. Ianya terbahagi kepada dua iaitu Majlis Syura Tertinggi dan Majlis Syura Am.
Anggota Majlis Syura Tertinggi ialah terdiri daripada Uthman b. Affan, Ali b. Abi Talib, Zaid b. Tsabit, Abdul Rahman b. Auf, Saad b. Abi Waqas dan Muaz b. Jabal. Semua pekara yang melibatkan masalah politik, keselamatan dan sosial negara akan dibincangkan bersama-sama dalam majlis tersebut. Majlis Syura ini juga bertanggungjawab menentukan polisi negara dalam soal pemerintahan dalaman dan hubungan luar.
Melalui amalan sistem syura, Khalifah Umar dapat mengetahui apa-apa permasalahan yang berlaku kepada dalam semua segi. Beliau juga membuka peluang dan kebebasan yang seluas-luasnya kepada semua orang untuk mengemukakan fikiran dan pendapat mereka demi kebaikan dan keadilan Islam. Sehingga beliau menggangap semua manusia yang tidak mahu memberikan pendapat adalah manusia yang tidak berfaedah.
Memperbaharui undang-undang pentadbiran tanah
Ia diperkenalkan apabila wilayah jajahan Islam semakin luas.Di Iraq, Syira dan Mesir misalnya, segala tanah awam adalah menjadi hak kerajaan tempatan dan segala hasil yang daripada tanah –tanah tersebut akan digunakan untuk membiayai kemudahan awam negara itu.Tanah-tanah yang dimiliki oleh penduduk Iraq tidak akan dirampas Cuma dikenakan cukai oleh kerajaan islamNamun tanah milik pemerintah Rom di Mesir dan Syria telah dirampas dan dibahagikan kepada para petani.
Tentera atau umat islam tidak dibenarkan mengambil tanah-tanah di negara jajahan melainkan melalui pembelian. Ini berbeza dengan amalan sebelum-sebelumnya dimana tanah jajahan akan dibahagikan kepada para tentera yang menyertai peperangan
Memperluaskan skop pengawasan dan pentadbiran
Khalifah Umar b. al-Khattab memperluas skop pengawasan terhadap pegawai-pegawai kerajaannya. Ini bermakna, pegawai-pegawai zaman Umar b. al-Khattab sentiasa berada di bawah pemerhatian atau pengawasan semua pihak. Khalifah Umar b. al-Khattab memperaktikkan beberapa kaedah bagi menjayakan sistem pengawasan pentadbirannya, antaranya:
i) Memastikan semua gabenor wilayah dan pegawai kanan kerajaan berada di Mekah pada musim haji. Di samping itu, mereka juga diberikan peringatan tentang bahaya rasuah, hadiah dan penyalahgunaan kuasa dalam pentadbiran. Rakyat seluruh negara dimaklumkan terlebih dahulu tentang pehimpunan tersebut. Individu yang bermasalah atau pernah dizalimi oleh pegawai-pegawai berkenaan. Dengan ini, semua pihak perlu berhati-hati dalam setiap tindakan dan perlakuan.
ii) Pegawai-pegawai yang bertugas di luar kawasan ibu negara Madinah tidak dibenarkan masuk ke ibu negara pada waktu malam kerana penyelewangan boleh berlaku pada waktu malam.
iii) Pegawai-pegawai kerajaan diwajibkan untuk membentangkan penyata harta milik mereka ketika mula bertugas, sedang bertugas dan ketika tamat perkhidmatan. Sumber-sumber harta yang bertambah tanpa bukti yang sah akan dirampas.
iv) Khalifah dan pembantu-pembantu menyusun pogram rondaan malam dan siang bagi mendapatkan maklumat yang jelas tentang kehidupan rakyat jelata. Mereka juga berusaha menangani dan menyelesaikannya dengan baik.
v) Bagi wilayah Islam yang berada jauh dari pusat pentadbiran, khalifah menugaskan ramai perisik untuk mendapatkan maklumat tertentu dan melaporkannya kepada ibu negara. Ini sebenarnya merupakan lanjutan polisi yang dijalankan oleh Rasulullah s.a.w dan Khalifah Abu Bakr iaitu memberikan kebebasan bertindak kepada gabenor wilayah dalam urusan yang khusus dan membataskan tindakan kepada urusan yang umum.
Pembahagian wilayah-wilayah Islam
Khalifah Umar telah membahagikan kerajaan Islam yang semakin luas kepada beberapa wilayah demi menjaga kelincinan pemerintahan Islam. Wilayah-wilayah tersebut terdiri daripada:
1. Hijaz (berpusat di Makkah)
2. Syria/ Syam (berpusat di Damsyik)
3. Iran (berpusat di Basrah)
4. Iraq (berpusat di Kufah)
5. Mesir (berpusat di Fustat)
6. Palestin (berpusat di Jerusalem)
7. Jazirah/Mesopotamia (berpusat di Hims)
8. Madinah sebagai pusat pemerintahan Islam
Setiap wilayah terdapat beberapa pegawai untuk memastikan kelancaran pentadbiran,mereka yang dilantik dikehendaki datang ke Makkah pada setiap tahun untuk membuat laporan setelah menunaikan haji. Orang ramai juga diberikan peluang untuk mengadukan hal tentang pegawai-pegawai yang ditugaskan itu.
Khalifah Umar al-Khattab dikatakan berkebolehan memilh pegawai-pegawai yang cekap bagi melincinkan jentera pentadbiranya. Antara pegawai yang terkenal dalam pentadbirannya ialah Muawiyah bin Abu Sufin, Amru bin Al- AS, Mughirah bin Shu’bah dan Zaid bin Sumyah.
Antara jawatan utama yang dilantik di setiap wilayah ialah:
1. Wali atau gabenor yang menjadi ketua pentadbiran awam dan panglima tentera.
2. Pengarah perbendaharaan (Sahib al-Bait-ul-Mal)
3. Pemungut cukai (Sahib al-kharaj)
4. Ketua Polis (Sahib al-Andath)
5. Hakim atau kadi
Sebelum seseorang gabenor itu dilantik mereka haruslah mengisyiharkan harta benda masing-masing demi mengelakkan amalan rasuah. Mereka juga disyaratkan supaya tidak menunggang kuda Turki atau memakai pakaian yang mahal.
Mengambil bekas golongan Riddah sebagai tentera Islam.
Pada zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, sebahagian dari wilayah Iraq, khususnya di bahagian selatan telah dikuasai oleh tentera Islam dan panglimanya pada waktu itu ialah Khalid b. al-Walid. Pada zaman Khalifah Abu Bakr al-Siddiq juga, bilangan tentera Islam yang terlibat dalam peperangan pembukaan wilayah tidaklah begitu ramai dan terhad pula kepada golongan yang tidak pernak murtad. Dengan terlantiknya Umar b. al-Khattab sebagai khalifah , beliau telah melantik panglimanya yang baru iaitu Abu ‘Ubayd b. Umar al-Thaqafi untuk meneruskan ekspidisi di Iraq. Peperangan pertama berlaku di Qarqas (al-Jisr) yang dikenali sebagai perang jambatan. Peperangan ini berlaku di sekitar jambatan yang merintangi sungai al-Furat. Sebelum peperangan, berlaku cabar-mencabar antara tentera Islam dn Parsi tentang siapa yang berani menyeberangi terlebih dahulu. Oleh sebab tersalah perhitungan, Abu ‘Ubayd telah memerintahkan tenteranya menyeberangi jambatan tersebut. Justeru itu, tenteranya telah mengalami kekalahan dan Abu ‘Ubayd serta tujuh orang pahlawan daripada suku Thaqif termasuk saudara dan anak Abu ‘Ubayd terkoban. Peristiwa ini berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke 13H/634M. Dengan kekalahan ini, bilangan tentera Islam mula berkurangan dan ada di kalangan mereka yang mula hilang pedoman. Atas sebab itu, Khalifah Umar b. al-Khattab telah membuat perubahan dasar dengan mengambil bekas golongan al-Riddah sebagai tentera baru Islam bagi menyertai peperangan. Ini adalah memandangkan bekas golongan al-Riddah mempunyai bilangan yang ramai dan untuk memperkukuhkan lagi kedudukan tentera Islam yang bilangannya agak terhad untuk menghadapi pihak musuh. Maka dengan ini, tiada lagi tindakan yang dikategorikan sebagai al-Riddah, diyakini bahawa golongan ini betul-betul menyesal dan mematuhi Ulil al-Amr .
Memperbaharui bidang kehakiman
Pada masa pemerintahan Khalifah Abu Bakr al-Siddiq, beliau akan mencari ayat-ayat al-Quran untuk dijadikan panduan umum. Jika tiada beliau akan mendapatkan hadith atau al-sunnah dengan menanyakan kepada para sahabat terutama yang boleh dipercayai untuk dijadikan landasan hukum. Ini menunjukkan bahawa walaupun Khalifah Abu Bakr merupakan sahabat yang terdekat dengan Rasulullah s.a.w. dan seorang khalifah, ternyata beliau tidak berani melakukan ijtihad sebagaimana yang dilakukan oleh Khalifah Umar b. al-Khattab. Antara ijtihad yang telah dilakukan oleh Umar b. al-Khattab ialah beliau telah menambah jumlah sebatan ke atas peminum arak dari 40 sebatan kepada 80 sebatan. Pada masa Khalifah Umar b. al-Khattab beliau telah mengadakan penyerahan tugas kehakiman daripada khalifah kepada qadi.
Dalam bidang pentadbiran Khalifah Umar b. al-Khattab sentiasa memikirkan kaedah-kaedah yang terbaik serta mampu memberi keadilan kepada semua pihak. Pada masa pemerintahan beliau,banyak wilayah-wilayah baru dibuka dan empayar Islam meluas sehingga ke wilayah Rom dan Parsi. Orang-orang Arab telah bercampur dengan masyarakat bukan Arab dan timbul berbagai masalah baru yang perlu diselesaikan. Khalifah Umar b. al-Khattab merupakan orang yang pertama membuat pembaharuan dalam urusan kehakiman ; beliau melantik qadi sebagai ketua hakim di setiap daerah. Mereka berkuasa penuh terhadap melaksanakan tugas-tugasnya dengan adil tanpa dipengaruhi oleh pemimpin daerah. Dengan kata lain, qadi menjatuh hukuman tanpa memandang status, tidak kira samada seseorang itu berpangkat tinggi atau rendah, kaya atau miskin, bangsawan atau tidak. Umar tidak memberikan jawatan qadi kepada sebarang orang kecuali kepada mereka yang mampu dan cekap dalam bidang kehakiman. Syarat utama yang dijadikan pertimbangan ialah integriti peribadi seperti takwa, warak, adil, di samping kemampuan dan keluasan ilmu pengetahuan dan keterampilan dalam bidang kehakiman.
Pembaharuan pentadbiran ketenteraan
Khalifah Umar adalah khalifah pertama yang memberikan gaji kepada tenteranya. Tentera Islam telah dibahagikan kepada 2 kategori iaitu tentera tetap dan tentera simpanan(sukarela). Tentera tetap diberikan gaji,, pakain seragam dan keluarga mereka turut mendapat bantuan. Pusat-pusat ketenteraan telah ditubuhkan di Bandar-bandar utama seperti Madinah, Kufah, Basrah, Monsul, Fustat, Hims dan sebagainya dan tentera-tentera dikenakan peraturan dan displin tertentu yang sesuai dengan ajaran Islam.
Pusat-pusat tentera ini kemudianya telah tumbuh sebagai pusat kebudayaan Islam. Beliau telah mengarahkan Abdullah bin Qaisy untuk membina kubu-kubu pertahanan di sempadan yang mengadap negara musuh demi keselamatan kerajaan Islam. Tentera-tentera diwajibkan menjalani latihan ketenteraan seperti menunggang kuda dan berjalan kaki tanpa kasut dan tidak ddibenarkan melibatkan diri dengan pertanian di negara-negara jajahan.
Tujuannya ialah untuk menanam semangat perjuangan pada setiap masa dan ketika dan mengelakkan daripada berlakunya tuduhan dan anggapan yang serong terhadap orang-orang Islam oleh penduduk tempatan. Semua anggota tentera telah dicatatkan disenaraikan. Umar juga menubuhkan jabatan penyiasatan jenayah tentera rahsia.
PEMBAHARUAN DALAM BIDANG SOSIAL
POLISI BARU UNTUK GOLONGAN DHIMMI
Golongan Dhimmi ialah orang-orang bukan Islam yang bernaung di bawah negara Islam dengan dikenakan cukai jizyah. Khalifah Umar telah memperkenalkan beberapa polisi ke atas golongan ini supaya kedudukan sosioekonomi dan politik mereka tetap dijaga. Beliau telah menetapkan cukai jizyah dan cukai tanah yang rendah kadarnya supaya tidak menyusahkan mereka.
Pernah suatu ketika apabila hasil cukai tanah sampai dari Iraq, Khalifah Umar al-Khattab telah menjemput seramai 10 orang dhimi dari kufah dan 10 orang lagi dari Basrah supaya mereka bersumpah sebanyak 4 kali bahawa cukai yang dikenakan itu tidak menyusahkan mereka. Beliau akan meninjau pandangan golongan ini terlebih dahulu sebelum melaksanakan sesuatu peraturan yang berkaitan dengan mereka.
Taraf dan hak awam ke atas golongan ini memberikan sama seperti yang dinikmati oleh masyarakat Islam. Golongan Dhimi yang masih menentang kerajaan Islam akan dihalau keluar negara. Namun harta benda mereka tidak akan dirampas manakala harta benda yang tidak boleh dipindahkan seperti lading akan dibayar ganti rugi oleh kerajaan Islam.
Menetapkan awal tahun hijrah dan mempelbagai aktiviti pembangunan sosial.
Khalifah Umar b. al Khattab merupakan orang yang pertama mengadakan takwim Islam berdasarkan tahun hijrah iaitu bermula pada tahun 1 Muharram ( menyamai 16 Julai 622 Masihi). Penubuhan takwim Islam ini dibuat pada tahun 17 hijrah, tujuannya adalah bagi memudahkan urusan pentadbiran negara. Beliau telah membuat penetapan mengenai awal tahun hijriyyah yang sebelum ini tidak pernah difikirkan oleh kaum muslimin. Surat menyurat yang diterima oleh Umar b. al-Khattab daripada panglimanya lengkap dengan tanggal hari, bulan tetapi tanpa tahunnya. Umar al-Kattab meminta pendapat para sahabat nabi tentang awal tahun hijriyyah. Para sahabat berpendapat tahun hijriyyah itu diawali dengan hijrahnya Rasulullah s.a.w. dari kota Mekah ke kota Madinah. Dengan ini Umar b. al-Khattab merupakan orang yang pertama menetapkan calendar tahun hijrah
Dalam usaha meningkatkan kehidupan rakyat pula, khalifah Umar b. Al-Khattab telah mengadakan pelbagai kemudahan awam. Beliau telah membina jalanraya, taliair, empangan seperti empangan Abi Musa dan empangan Amirul Mukminin, jambatan dan rumah-rumah persinggahan untuk pelawat. Beliau juga telah mengadakan perkhidmatan pos dan mengadakan matawang sendiri yang diperbuat daripada logam. Khalifah Umar b. al-Khatab turut membina bandar-bandar tentera (masalih) seperti bandar kufah, Basrah, Damsyik dan Fustat. Bandar-bandar ini dijadikan pusat-pusat penempatan atau kem tentera didirikan bertujuan untuk mengawal sempadan wilayah-wilayah yang ditakluki dari bandar-bandar tersebut. Di tengah bandar-bandar tersebut didirikan pula masjid-masjid sebagai tempat beribadat dan pusat penyatuan masyarakat Islam. Dengan ini, segala usaha pembangunan social yang dilakukan oleh Khalifah Umar b. al Khattab adalah untuk kepentingan dan keselesaan rakyat jelata yang sebelum ini belum pernah menikmati kemudahan-kemudahan seperti yang pernah disumbangkan oleh beliau .
Memperbaharui taraf kedudukan hamba
Beberapa pembaharuan juga dilakukan untuk menjaga kepentingan social, taraf dan kedudukan golongan hamba dalam masyarakat. Ini bertujuan supaya mereka tidak dihina atau ditindas. Hanya orang-orang yang benar-benar terlibat menentang Islam dalam peperangan sahaja akan dijadikan hamba. Ini bermakna penduduk awam dalam negara yang dijajah akan terus dibenarkan hidup bebas.
Hamba perempuan yang menjdi ibu pula tidak boleh dijual beli sewenang-wenangnya seperti hamba-hamba yang lain. Hamba yang berkeluarga tidak boleh dipisahkan dari anggota keluarganya yang lain. Oleh itu hamba yang berkeluarga mestilah dibeli atau dijual bersama-sama dengan anggota keluarganya.
Taraf golongan hamba juga disamakan dengan tuannya dalam apa-apa hal tertentu, pegawai-pegawai yang tidak menghormati dan menjaga hal kebajikan hamba akan dikenakan tindakan oleh Khalifah Umar. Sebagai contoh, Umar pernah melucutkan jawatan seorang pegawainya yang tidak menziarahi pekerjanya yang sakit.
Mengalakkan kegiatan keilmuan dan pelajaran
Khalifah Umar amat menggalakkan kemajuan ilmu pengetahuaan dan pendidikan. Pelbagai langkah telah dijalankan untuk mengembangkan al-Quran. Guru-guru telah disediakan bagi mengajar pelbagai ilmu berhubung dengan keimanan dan dihantar ke serata tempat yang memerlukan dan diberikan gaji lumayan. Sekolah-sekolah telah ditubuhkan di masjid-masjid untuk diajar pelajaran al-Quran di seluruh wilayah Islam. Abu Sufian misalnya pernah dilantik untuk mengajar kaum Badwi dalam usaha untuk menguji pengetahuan mereka tentang al-Quran.
Umat Islam telah diwajibkan untuk menghafal surah-surah tertentu dalam al-Quran yang menghuraikan prinsip-prinsip utama ajaran Islam seperti Surah al-Baqarah, an-Nisa, al-Ma’idah, al-Hajj dan an-Nur. Golongan yang menghafal seluruh isi kandungan al-Quran diberikan pelbagai ganjaran sebagai satu usaha untuk menggalakkan mereka menghafal seluruh isi kandunagn al-Quran diberikan pelbagai ganjaran sebagai satu usaha untuk mengahafal kandungan al-Quran.
Kemudahan-kemudahan lain
Tidak pernah terdapat penjara di Tanah Arab. Oleh itu, Khalifah Umar telah membeli lima buah rumah di Makkah dan dijadikkan sebagai penjara. Penjara-penjara yang baik juga dibina diwilayah-wilayah lain.
Hukuman buang daerah telah diperkenalkan oleh Khalifah Umar al-Khattab di mana beliau telah menjatuhkan hukuman buang daerah ke sebuah pulau ke atas Abu Mihjan Thaqafi kerana bersalah meminum arak. Beliau turut membangungkan kota-kota baru seperti Basrah, Kufah, Fustat dan Mausil.
Basrah di Iraq dibina dalam tahun 14 Hijrah. Penduduk asalnya berjumlah seramai 800 orang tetapi telah meningkat kepada 100 000 orang. Dalam zaman Kerajaan Umayyah, ia mempunyai penduduk seramai 120 000 orang. Kufah di Iran mempunyai penduduk asal seramai 40 000 orang.
Khalifah Umar menunjukkan minatnya kepada pembinaan kota ini dengan menyediakan sendiri sebahagian daripada pelan dan peta kota itu. Jalan raya yang dibina adalah seluas 60 kaki dan masjid negerinya boleh memuatkan seramai 40 000 orang Jemaah. Khalifah Umar pernah menggelarkan kota tersebut sebagai Rasulul-Islam atau Pusat Islam. Fustat di Mesir dibina oleh Amru bin al-As di atas arahan Khalifah Umar. Kota ini dianggap sebagai kota Islam yang paling indah selepas kota Baghad.
Khalifah Umar telah adalah khalifah yang pertama memperkenalkan pasukan polis dan digelar Ahdath. Abu Hurairah pernah dilantik sebagai Ketua Polis di Bahrain.
Khalifah Umar telah membina banyak masjid dan memerintahkan gabenor-gabenor Islam supaya membina sekurang-kurangnya sebuah masjid di setiap Bandar. Di Kufah, sebuah masjid didirikan untuk setiap kaum.
Ahli sejarah berpendapat bahawa Khalifah Umar telah membina sebanyak 4 000 buah masjid. Beliau juga membesarkan Masjid Nabawi di Madinah dan Masjid al-Haram di Makkah dan menggantikan selimut bangunan Kaabah dengan kain Mesir yang mahal.
Beliau juga mengarahkan pembinaan pejabat-pejabat Baitul-Mal di seluruh wilayah Islam. Pembinaan ini diselenggarakan oleh bangsa Parsi bernama Rozbah yang menggunakan simen yang sama seperti dalam pembinaan istana-istana Maharaja Parsi. Rumah-rumah rehat untuk pengembara turut dibina. Beliau juga membina jalan-jalan raya dan jambatan. Jalan yang dibina menghubungkan Makkah dengan Madinah telah dilebarkan lagi dan di sepanjang jalan tersebut telah didirikan rumah-rumah rehat dan balai polis.
PEMBAHARUAN DALAM BIDANG EKONOMI
Mengemaskini kadar pemberian al-Ata’
Pada zaman Abu Bakar al-Siddiq, semua orang yang memperoleh elaun daripada kerajaan iaitu al-‘Ata mendapat kadar yang sama. Abu Bakr pernah diberikan cadangan supaya mempelbagaikan jumlah pemberiannya tapi ditolaknya. Kata beliau: “ Mereka berlebih kurang di sisi Allah. Akan tetapi, dalam soal elaun ini elok jika mereka mendapat kadar yang sama”. Dasar ini telah dilanjutkan sehingga akhir zaman pemerintahannya. Pada zaman pemerintahan Umar al-Khattab, apabila penaklukan Islam menghasilkan harta yang banyak, beliau mengubah kaedah pembahagian elaun dan tidak lagi menurut dasar yang telah dilakukan sebelumnya. Kata beliau: Patut ada perbezaan antara orang yang pernah memerangi Rasulullah s.a.w. dan orang yang pernah berperang dengan baginda”. Orang ramai mesti dikelaskan dalam penerimaan elaun berdasarkan kedudukan mereka berhubung Rasulullah s.a.w. Apa yang dijelaskan, Abu Bakr melihat setiap muslim seperti adik beradik. Mereka perlu mendapat bahagian yang sama daripada pusaka peninggalan bapa yang mereka warisi .
Dalam hal ini, perbezaan kedudukan dan komitmen terhadap agama tidak diambil kira. Sementara Umar pula melihat perbezaan itu perlu diambil kira. Beliau menekankan soal senioriti sebagai asas perbezaan. Malah, apa yang dikehendaki oleh Umar ialah persamaan dalam erti kata yang sebenar. Ini kerana, tidak semestinya persamaan tersebut memberi maksud bahawa semua orang perlu mendapat kadar yang sama. Sebaliknya, setiap orang perlu mendapat kadar yang sesuai dengan sumbangannya sendiri. Umar sendiri pernah menegaskan apabila perubahan itu dilakukan oleh beliau katanya: ”Demi Allah, Ibn al-Khattab tidak bermaksud dengan perubahan ini kecuali keadilan dan kesamarataan” .
Tidak membahagikan harta rampasan perang ( ghanimah) kepada tentera
Pada zaman pemerintahan Umar b. al-Khattab, wilayah kekuasaan Islam sangat luas meliputi daerah Sham, Persia, Mesir, dan Iraq. Sewaktu negeri-negeri ini ditakluki, tanah pertanian termasuk tanah pertanian di Iraq dapat dikuasai oleh tentera Islam dan menjadi harta rampasan perang. Ketika itulah Umar b. al-Khattab mengirim surat kepada tentera Islam di Iraq mengatakan bahawa beliau tidak akan membahagikan harta rampasan perang khususnya yang tidak bergerak seperti tanah pertanian atau sawah kepada anggota tentera Islam sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. sebelum ini. Umar b. al-Khattab pada dasarnya ingin agar tanah pertanian yang dapat dirampas itu tetap dikerjakan oleh pemilik sebelumnya, kerana mereka dianggap menguasai hal-hal yang berkaitan dengan perlaksanaan dan pengolahan tanah pertanian. Manakala harta rampasan yang bergerak pula , Umar b. al-Khattab melaksanakan hukum seperti amalan yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.aw. sebelum ini iaitu dengan mengambil seperlima daripada harta itu dan membahagikan empat perlima yang lainnya kepada anggota tentera yang terlibat dalam peperangan.
Kebijaksanaan Umar b. al-Khattab yang tidak mengagihkan harta ghanimah berupa tanah pertanian kepada anggota tentera kaum Muslimin, nampaknya dilatarbelakangi oleh pertimbangan tertentu. Umar b. al-Khattab bermaksud mendahulukan kepentingan umum yang menyeluruh berbanding kepentingan peribadi, suku, atau golongan. Sehubungan dengan ini diterangkan seperti berikut: Keputusan ini didasarkan kepada: Pertama, akan menghalangi perjuangan mereka, kedua, akan memerosotkan kuantiti produk pertanian kerana mereka kurang berpengalaman dalam bidang pertanian, dan ketiga, menyebabkan timbul kasta baru dalam masyarakat, iaitu golongan tuan rumah yang menjalankan praktis monopoli serta akan menjadikan golongan lain menjadi penganggur dan hidup tersisa, dan menghalangi generasi muda, sebagai generasi penerus untuk mendapatkan hak dan mata pencarian mereka.
Dilihat dari keterangan ini, kebijaksanaan Khalifah Umar b. al-Khattab untuk tidak mengagihkan tanah pertanian rampasan perang nampaknya mempunyai alasan yang rasional iaitu demi kepentingan masa depan umat Islam yang lebih baik dan lebih banyak. Jika Rasulullah s.a.w. membahagikan kepada orang-orang Muslim harta rampasan perang yang terdiri daripada tanah pertanian pada masa itu sesuai dengan situasi yang ada, khususnya untuk memperbaiki nasib orang-orang miskin Muhajirin dari Mekah yang diusir dari tempat kediaman dan harta kekayaan mereka. Dan jika Umar b. al-Khattab tidak membahagi-bahagikannya, maka itu adalah kerana pertimbangan ekonomi kaum Muslimin di masa akan datang yang juga merupakan kemaslahatan. Selain itu, keadaan tentera di masa Khalifah Umar al-Khattab memerintah baik kedudukannya dibanding dengan tentera pada masa Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakr al-Siddiq. Ini kerana tentera pada masa Umar b. al-khattab telah mendapat gaji tetap tidak seperti pada masa Rasulullah s.a.w dan Abu Bakr al-Siddiq.
Memajukan sector pertaniaan
Khalifah Umaral-Khattab telah membina tali air dan terusan supaya hasil pertaniaan bertambah. Antaranya ialah Terusan Amirul-Mukminin di Mesir yang menghubungkan Sungai Nil dengan Laut Merah sepanjang 111 km dari Bandar Fustat. Di Iraq pula telah dibina Empangan Abu Musa yang menyambungkan Sungai Dujlah (Tigris) dengan bandar Basrah.
Satu kaji selidik tanah dilaksanakn di Iraq untuk memudahkan penaktasiran cukai dan menemukan jenis tanaman untuk pertanian. Tugas ini diketuai oleh Osman bin Haniff dan Huzaifah al-Yaman. Rakyat juga digalakkan untuk membuka tanah-tanah pertaniaan dan akan dikenakan syarat bahawa hak milik ke atas tanah tersebut akan ditarik balik sekiranya gagal menampakkan hasil dalam masa 3 tahun.
Sistem cukai
Khalifah Umar telah menubuhkan Baitul-Mal untuk menyimpan harta dan khazanah kerajaan. Sumber utama kewangan negara dikutip daripada orang Islam melalui zakat dan usyur(zakat tanaman). Cukainya ialah 1/10 jika menggunakan air hujan dan 1/20 jika menggunakan tenaga. Daripada orang bukan Islam pula cukai diperolehi melalui jizyah dan kharaj(cukai tanah). Baitul-Mal juga memperolehi hasilnya daripada al-Fai iaitu harta-harta rampasan dari pihak musuh tanpa peperangan dan ghanimah iaitu harta-harta rampasan peperang.
SISTEM SYURA KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB
Khalifah Umar bin al-Khattab pernah berkata “tiada khaliffah melainkan dengan mesyuarah”. Ini menggambarkan bahawa setiap kepimpinan itu mestilah membawa konsep mesyuarat atau demokrasi. Pemerintahan Khalifah Umar jelas menampakkan kebenaaran kata-kata ini dalam konteks pemerintahan dan proses politik yang berlaku pada zamanya.
Majlis Syura pada zaman khalifah Umar al-Khattab
Majlis syura adalah sebuah badan mesyuarat atau badan perunding peringkat negara yang ditubuhkan oleh Khalifah Umar al-Khattab. Pembentukan majlis ini dianggap sebagai salah satu ciri penting keadilan pemerintahan Khalifah Umar. Ini disasarkan kepada ajaran-ajaran al-Quran dan as-Sunnah. Majlis Syura yang ditubuhkan oleh Khalifah Umar terbahagi kepada dua iaitu Majlis Syura Tertinggi dan Majlis Syura Am
Anggota Majlis Syura Tertinggi Khalifah Umar al-Khattab terdiri daripada Uthman bin Affan, Ali bin Abu Talib, Zaid bin Thabit, Abdul Rahman Auf, Saad Abi Waqqas dan Muaz bin Jabal.
Semua perkara penting yang melibatkan masalah politik, keselamatan dan social negara akan dibincangkan bersama-sama dalam majlis tersebut. Majlis Syura juga bertanggungjawab menentukan polisi negara dalam soal pemerintahan dalaman dan hubungan luar. Majlis ini juga bertanggungjawab meneliti semua masalah umat dan negara Islam yang tidak diterangkan dalam al-Quran atau Sunnah Nabi(Hadis Nabi).
Melalui amalan sistem syura ini, Khalifah Umar telah membuka peluang dan kebebasan yang seluas-luasnya kepada semua orang untuk mengemukakan fikiran dan pendapat mereka demi kebaikan dan keadilan Islam, sehingga beliau mengaggap bahawa manusia yang tidak dapat atau tidak mahu memberikan pendapat adalah manusia yang tidak berfaedah.
Khalifah sendiri memengang kuasa tertinggi dalam negara perlu tunduk dan mematuhi apa sahaja keputusan yang perlu dibuat oleh Majlis Tertinggi Syura, walaupon beliau boleh menolak keputusan tersebut.
Pemerintahan Khalifah Umar adalah berasaskan sistem syura
KhalifahUmar sangat sedar bahawa segala masalah dan urusan pemerintahan negara Islam adalah juga masalah dan kepentingan umat seluruhnya. Oleh kerana itulah beliau tidak ingin memulakan sesuatu langkah melalui keputusannya sendirian. Kerana itulah beliau juga melafazkan kata-kata yang terkenal iaitu “tiada khalifah melainkan dengan mesyuarah”. Terdapat banyak bukti bahawa proses pemerintahan Khalifah Umar adalah benar-benar didasarkan kepada konsep syura. Antaranya:
1. Khalifah Umar sentiasa berunding dengan para sahabatnya yang utama dalam menjalankan tugas pemerintahan. Beliau cuba mengelakkan daripada membuat sesuatu keputusan secara bersendiriaan dengan sewenangnya-wenangnya. Ini kerana beliau menyedari bahawa segala urusan dan masalah pemerintahan negara adalah masalah dan kepentingan seluruh umat Islam. Oleh itu penubuhan Majlis Syura adalah selaras dengan dasar yang dipegangnya itu.
2. Pentabdiran negara Islam berpusat di Madinah di mana Khalifah Umar al-Khattab menjadi ketua negara.Beliau dibantu oleh sesebuah badan yang dinamakan Majlis Tertinggi yang dianggotai oleh pemimppin-peminpin yang mewakili semua peringkat golonngan iaitu golongan Ansar dan golongan Muhajirin. Cara-cara sesuatu keputusan dibuat di dalam Majlis syura adalah mengikut suara majority dari anggota-anggotanya. Jika sebahagian besar anggotanya tidak bersetuju dengan sesuatu perkara maka perkara tersebut tidak boleh dilaksanakan.
Misalnya, Khalifah Umar pernah bercadang untuk memimpin sendiri tentera ke Parsi setelah Panglima Mathna meminta bantuan. Namun Majlis Syura menetangnya. Oleh itu Panglima Saad Adi Waqqas dihantar untuk mengetuai pasukan pembantu ke Parsi.
Contoh lain pulak ialah pada tahun 21 Hijrah, sekali lagi Khalifah Umar bercadang untuk memimpin tentera ke medan perang Nahrawan bagi menentang Parsi. Sekalai lagi cadangan beliau ditolak oleh Majlis Syura kerana khuatir tentang keselamantan beliau. Kali pertama Khalifah Umar keluar dari kota Madinah semasa menjadi Khalifah ialah apabila Majlis syura membenarkan beliau pergi ke baitulmaqdis untuk membuat perdamaian dengan penduduk disana.
3. Khalifah Umar akan terlebih dahulu bermesyuarat dalam Majlis Syura sebelum melantik pegawai-pegawai utama disesebuah wilayah seperti jawatan gabeenor, pegawai perbendaharaan, kadi atau pegawai polis. Ini bertujuan untuk memastikan bahawa pegawai-pegawai yang bakal dilantik itu benar-benar berkebolehan.
4. Khalifah Umar sentiasa menegaskan bahawa pemerintahan dan penyusunann masyarakat Islam mestilah secara syura. Ini kerana melalui sistem syura sahajalah pemerintahan akan dapat berjalan dengan baik dan keadilan akan dapat dirasai oleh masyarakat. Ini seterusnya akan menghasilkan masyarakat yang aman dan tenteram.
5. Setelah beliau ditikam oleh seorang pemuda Parsi, beliau masih sempat melantik suatu bentuk lujnah atau jawatankuasa yang terdiri daripada enam orang sahabat untuk memilih salah seorang daripada mereka sebagai pegantinya kelak. Ini mengambarkan bahawa khalifah Umar akan dapat mengekalkan ciri-ciri permesyuaratan walaupon pada wasiat terakhirnya.
KESIMPULAN
Khalifah
Umar al-Khattab adalah sesorang
pentadbir yang amat cekap dan
bijak serta banyak
melaksanakan pembaharuan
dalam pentadbiran negara
Islam. Dalam zaman
pemerintahannya, beliau berjaya
memperluaskan wilayah Islam dan
membebaskan rakyat yang ditindas
oleh penjajahan Parsi dan
Rom. Professor K. Ali menganggapnya
sebagai contoh pemimpin
Islam yang unggul
dalam seluruh sejarah
Islam pemerintahanya dianggap
sebagai Zaman Keemasan Kerajaan Islam. Beliau
telah memperkenalkan sebanyak 41 buah
pembaharuan berdasarkan al-Quran dan
Hadis digelarkan Awliat –i-‘Umar.
Labels:
fakta,
true story
Friday, 8 February 2013
Random but best song from unknown part 2
pernah dengar orang cover lagu dak???
yang paling best skali pernah dak dengar orang negara lain cover lagu melayu dengan best..kalau tax pernah try dengar keesamus ... mula2 kawan la yg habaq pasai dia ni.. erm.. best gak sora dia..enjoy (^_^)
yang paling best skali pernah dak dengar orang negara lain cover lagu melayu dengan best..kalau tax pernah try dengar keesamus ... mula2 kawan la yg habaq pasai dia ni.. erm.. best gak sora dia..enjoy (^_^)
G.
Labels:
artist,
entertainment
MerApu
erm... dah lama tax online sem ni..mungkin sebab "banyak" keja kot..hahhahha
keja la sangat kan.. masa pon dah semakin dekat sebab nak Li.. tempat pon dalam pemantawan la...
pilihan 1 utk Li-Gamuda group... tapi nak apply utk projek double track railway.. tapi macam dah taxda harapan ja.. sebab benda tu pon dah nak siap..kalau nak apply gak utk company tu.. mungkin dapat utk project penang yg ke 2.. tapi penang masalah utama.. TEMPAT TINGGAL.. susah kot nak cari rumah sewa yg bajet kat sana dah la nak kena duduk 6 bulan kot...
pilihan no. 2 TK Holding@ consultant taxtau la sebab tax ingat nama penuh syarikat tu..hahahha
dengaq dari senior yg dah pi Li kat situ ..macam best ja..pastu siap dapat elaun 400 tiap2 bulan..walaupon pon sikit tapi berbaloi la.. sebab kena masuk site.. bukan buat keja dlm pejabat..lagi elok dari USIMA.. dah la kena masuk site pastu elaun pon 10 ringgit ja seminggu... lepas buat duit minyak ja...
no.3 atau last .. JKR @ Pembandaran@ Pejabat tanah..
govement jadi last choice sebab mostnya taxda projek..menang la nampak best tapi nak tulis apa dalam buku report Li... nak tulis dok goyang kaki ngn main Fb kat pejabat... fuhhh.. jemmm kot...
Dan ..la ni dalam cuti sem 1 minggu.....
tapi cuti dgn keja yang bertimbun... masa..masa...masa...masa..
rasa2 macam tax cukup ja...huhuhuhu
G.
Labels:
cerita,
pengalaman,
true story
Thursday, 7 February 2013
Wednesday, 23 January 2013
Zero Alasan
Orang yg ada seribu alasan sampai mati pon dia tidakkan berjaya,,,
Persepsi negatif adalah halangan untuk kesemua kejayaan yang ingin dicapai. Jika kita negatif kepada apa yang kita ingin buat, maka negatiflah hasilnya.
Sampai bila2 pon kita akan ada di tampok yang lama.Jika keliru dengan apa yang ingin dilakukan,ingatlah tidak akan ada kekuatiran dan kesedihan bagi siapa saja yang menyandarkan dirinya kepada ALLAH. Ini adalah sebuah jaminan Maha Terpercaya tidak perlu ragu-ragu..
Persepsi negatif adalah halangan untuk kesemua kejayaan yang ingin dicapai. Jika kita negatif kepada apa yang kita ingin buat, maka negatiflah hasilnya.
Sampai bila2 pon kita akan ada di tampok yang lama.Jika keliru dengan apa yang ingin dilakukan,ingatlah tidak akan ada kekuatiran dan kesedihan bagi siapa saja yang menyandarkan dirinya kepada ALLAH. Ini adalah sebuah jaminan Maha Terpercaya tidak perlu ragu-ragu..
G.
Labels:
motivasi diri
Subscribe to:
Posts (Atom)




.jpg)
.jpg)


.jpg)
.jpg)